Artis / Selebriti
” Aku pula menangis sekali tengok Thalita menangis. Rasa sedih sangat.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menangis terkenangkan persembahan arwah ibunya, Siti Sarah di pentas Anugerah Juara Lagu sebelum ini buat ramai tersentuh. Lagi bertambah sebak bila dengar Thalita menyanyi lagu Semakin..
Meninjau di akaun TikTok milik tv3malaysia, telah dikongsikan video yang memaparkan anak perempuan arwah Siti Sarah, Thalita sedang menangis. Di ruangan kapsyen, telah mengatakan yang Thalita berasa sebak apabila mengenangkan persembahan arwah ibunya.
Ketika sedang diwawancara, Thalita mengatakan dirinya mengenangkan persembahan arwah ibunya ketika menyanyikan lagu Semakin di pentas Anugerah Juara Lagu sebelum ini. Selain itu, menerusi video tersebut, Thalita turut menyanyikan kembali lagu Semakin dengan versinya tersendiri.
Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan turut tersentuh melihat Thalita menangis. Komen warganet, Thalita mempunyai bakat seperti ibunya dan Thalita berpeluang cerah untuk menjadi penyanyi terkenal seperti arwah suatu hari nanti.

Sehingga kini, video Thalita tersebut telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sebak sungguh melihat raut wajah Thalita yang sedang menangis. Rindu sungguh Thalita kepada ibunya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@tv3malaysia @Thalita_Shuib tersentuh hati & terkenang arwah Mama di pentas AJL dulu. Nantikan Anugerah Juara Lagu 39 pada 16 Februari 2025, hari Ahad, jam 9:00 Malam di TV3 dan juga boleh strim secara langsung melalui Tonton. ✨ #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa #MYGalaxyS25 #galaxyai
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon dan memberikan kata-kata semangat kepada Thalita. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Aku pula menangis sekali tengok Thalita menangis. Rasa sedih sangat.. Faham sangat apa yang dia tengah rasa sekarang.. “
” Semakin best & improved suara Thalita. Muka cantik, tone sedap & nama komersil. In Shaa Allah lepas dia belajar vokal akan makin mantap. Thalita akan bersinar dalam industri satu hari nanti..”
” Semangat mak dia tk hilang dlm diri, tk boleh salahkan dia juga kalau dia menangis sentiasa sebab even sy bukan anak mak dia pun sy tk boleh move on yg siti sarah dah tkda.. “
” Thalita suara besar mcm ibu dia.. Tkpa skrg kecik lagi suara lain nnti dh besaq suara mesti lagi sedap.. Thalita jangan sedih2 ok.. “
” Tidak smudah itu dia lupakan mak kandung.. memang mak baru baik apa smua tapi kena faham tiada yang betul2 tandingi ibu kandung.. “
” Ya Allah sebaknya tengok dia menangis.. Sakit sebenarnya rindu kepada orang yang kita sayang.. Stay strong Thalita.. Awak good girl kan.. “
” Sampai arini masih menangis kalau bab arwah Siti Sarah auto ingatan aku pd detik terakhir note suara arwah yg Shuib share.. “
Sedap suara Thalita menyanyi lagu arwah ibunya. Bak komen warganet, Thalita sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan jika bakatnya itu diasah lagi, Thalita pasti mampu terbang lebih tinggi. Apa-apa pun, semoga Thalita terus kuat serta menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tv3malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen

