Artis / Selebriti
” Ajak kau buat aku sebak Jak. Mulianya kau Jak, aku yang nangis.. ” – Komen Netizen
Video Ajak Shiro memberi kejutan khas untuk Ebby Yus buat warganet tersentuh. Paling sebak tengok reaksi muka Ebby yang tak sangka dengan kejutan Ajak itu. Masa Ajak peluk Ebby pun touching sangat..
Ketika Ajak Shiro mengadakan launching kedai makan Bumbu Babahnya, Ebby Yus ada membuat kejutan dengan hadir ke kedai Ajak beberapa hari selepas itu. Ini memang diluar jangkaan Ajak kerana Ebby ketika itu sedang uzur dan kesihatannya juga tidak memberangsangkan.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Ajak Shiro, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ajak pula memberikan kejutan untuk Ebby. Ajak mengambil Ebby dan membawanya jalan-jalan ke Central Market. Sepanjang perjalanan, banyak yang mereka perbualkan.
Kata Ajak, Ebby apabila bercerita gayanya seperti bapak-bapak dan kerana itu sesiapa yang kenal Ebby akan jatuh sayang kepada figura itu. Tanpa pengetahuan Ebby, Ajak sudah merancang untuk membuka sebuah lagi cawangan kedai makan Bumbu Babah di Central Market.

Kejutan untuk Ebby ialah cawangan ini khas untuk Ebby dan Ebby lah partner baru Ajak. Syukur Ebby zahirkan ketika Ajak memberitahu kedai itu akan menjadi milik Ebby. Beruntungnya ada sahabat yang berkongsi rezeki sebegini. Bak kata Ajak, banyak dikongsi, sedikit sama-sama merasa.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 23 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sayang kau jak ajakshiro berkongsi rezeki ngan abg mumy.. semuga Allah mewahkan lagi rezeki ko sekeluarga.. “
” Alhamdulillah, mantap my brotha.. semoga Allah kurniakan selalu kesihatan kesejahteraan utk abg ebby dan kite semua sheikh.. “
” Ajakk kau buat aku sebakl jakk. Mulianya kau Jakkk.. kau inspirasi aku.. Alhamdulillah terbaik jak.. semoga murah rezeki selalu bang.. “
” Kekayaan yang tak kosong. Alhamdulillah.. semoga memberi inspirasi kepada orang ramai.. Sumpah aku doakan rezeki kau melimpah ruah bang. Bertebaran takkan pernah habis. Aminn ya rabb.. “
” Bagus Abg Jak .. You’re The Best … Mari laa kita Support Perniagaan Beliau . InshaAllah .. Mulia Itu terletak pada seseorang yg Diberikan Allah kepada Hambanya.. “
” Alhamdulillah, termakbul cita² kau sheikh. semoga Allah membuka pintu rezeki seluas² nya buat bumbubabahmy family.. “
” Aku yang nangis.. Semoga Allah limpahkan banyak rezeki untuk hg ajakshiro, bangga ada kawan cmni.. Syg mnyayang.. Moga ajak n ebby yus di Permudahkn segala n allah angkat sakitnya ebby yus .. aamin yra.. “
Allah menjentik hati Ajak untuk berkongsi rezeki bersama Ebby Yus. Semoga segala yang 2 sahabat ini rancangkan berjalan dengan lancar. Kami di Berita Kopak mendoakan agar perniagaan Ajak dan Ebby laris dan dikurniakan rezeki yang tidak henti mengalir seperti air zam-zam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


