Artis / Selebriti
” Ajai melutut dekat bawah, dia mintak ‘tolong lah bagi Sarah dengan saya..’ ” – Raissuddin Hamzah
Video Raissuddin Hamzah Berkongsi Cerita Bagaimana Permulaan Arwah Siti Sarah Berkerjasama Bersama Ajai Raih Perhatian Warganet. Macam Tu Sekali Ikhtiar Ajai Untuk Dapatkan Siti Sarah. Akhirnya Berbaloi !!
Lagu Kesetiaan dendangan arwah Siti Sarah antara lagu ciptaan Ajai yang berhantu dan masih menjadi siulan sehingga ke hari ini. Di sebalik lagu Kesetiaan ini, rupa-rupanya ada kisah antara Ajai dan arwah Siti Sarah yang tidak diketahui oleh warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lovetahq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama ayah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah. Raissuddin menjawab persoalan mengenai kenangan manis Ajai bekerjasama dengan arwah Siti Sarah.
Ramai yang tidak tahu, Ajai pernah merayu dan melutut kepada Raissuddin agar membenarkan Siti Sarah bersamanya di Warner Music. Namun Raissuddin terpaksa menolak kerana telah pun berjanji dengan pengurus NAR Record, Man Toba.

Ajai tidak berputus asa dan meminta agar dia dapat terlibat sama dalam pembikinan album Siti Sarah. Susulan dari itu lah, Siti Sarah mula berlatih untuk merakamkan lagu Kesetiaan. Betapa gembiranya Ajai kerana akhirnya dapat juga lagunya dinyanyikan oleh Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah :
@lovetahq Kenangan Ajai bersama Arwah Siti Sarah 🕊️ #Ajai #SitiSarah #RaissuddinHamzah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Al fatihah arwah siti sarah Raisuddin. Rindunya dengan arwah Sarah.. kesetiaan seorang wanita.. ”
” Al-fatihah buat arwah Siti Sarah… Tak ada orang lain yg boleh gantikan bakat serta tmpt arwah.. ”
” Semoga Arwah di tempatkan dikalang orang-orang soleh dan solehah. Al Fatihah.. rindu yang tiada penghujungnya.. ”
” Maaf saya sebak, kalau kisah tentang Siti Sarah.. betapa Ajai menilai dan beri harapan Sarah yang terbaik untuk lagu kesetiaan tu.. ”
” Lagu kegend, antara lagu best di dengar sampai sekarang. Suara Sarah lunak merdu, siapa tak nak ambik Sarah jadi artis mereka.. ”
” Tiada gantinya insan berbakat besar seperti Siti Sarah.. Ramai yang suka dengar lagu arwah.. ”
” Sampai macam tu usaha Ajai untuk dapatkan Sarah.. berbaloi sungguh. Ajai memang pandai menilai mana intan mana permata.. ”
Bermula Siti Sarah dengan lagu Kesetiaan, pengakhiran hidupnya juga Sarah ada merakamkan lagu Ajai berjudul Semakin Benci Semakin Cinta. Kenangan Ajai dan Siti Sarah yang tidak mungkin akan Ajai dan Raissuddin lupakan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lovetahq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

