Connect with us

Artis / Selebriti

” Aipp dia ni, berdekah la. Makin rosak teruk aku tengok si Kamal ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video Kamal Adli menerangkan perbezaan antara perkataan ‘aib ‘ dan ‘aip’ buat warganet terhibur. Adoi lah Kamal, part aip tu auto jadi lembut eh. Berdekah dengar ayat Kamal ni. Macam-macam aib keluar, haha.. 

Pemilihan Kamal Adli sebagai duta Jakel untuk kempen raya 2026 satu percaturan yang terbaik. Kehadiran Kamal menceriakan dan sedikit sebanyak menarik ramai pembeli untuk membeli koleksi baju Melayu keluaran Jakel. Kamal dikenali dengan karakternya yang ceria dan suka menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli dan Jakel Textile, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kamal menerangkan perbezaan antara 2 perkataan yang seakan sama iaitu ‘ aib ‘ dan ‘ aip ‘. Kedua-duanya membawa maksud yang berbeza walaupun bunyinya seakan-akan sama.

Kata Kamal, aib itu adalah keburukan orang lain yang tidak boleh kita ceritakan kepada umum. Manakala untuk aip pula, ianya digunakan untuk situasi yang berbeza. Kamal memberikan beberapa contoh yang digunakan oleh orang awam dalam kehidupan harian.

Cara penceritaan Kamal diiringi ekspresi wajah yang mencuit hati membuatkan warganet terhibur dengan penerangan oleh Kamal itu. Ramai yang mengatakan Kamal semakin kelakar. Ayah Hawra pun semakin ‘rosak’ sejak menyertai Jakel kerana pengaruh rakan-rakan sekerja yang kelakar-kelakar belaka.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Aku takut tariqfit dtg komen je ni.. Dia tu pantng nmpk KA haha.. Mula-mula macam nak serius.. lama-lama jadi Aip biasa dia ni.. “

” Mesti Hawra banyak kena aip ni haha.. Periuk belanga eh haha,.. Sejak dah single ni makin kelakar lah Kamal.. penat ketawa.. “

” Kalau kamal punye video tak penah buat orang tak gelak.. Aku la kan si KA ni makin menekan-nekan lawak bila nk dekat raya ni haha.. “

” Tampar kang, aipp.. Kamal semakin kelakar ya.. musang king tu durian Kamal Adli oiii.. matilanak, periuk belanga pun boleh lah.. “

” Ghisau ah sejak sejak join Jakel ni, dia semakin lembut haha.. Dsp Jai hilang dah haha.. geram tul makin rosak kamal adli ni join jakel.. “

” Makin teruk aku tengok si KA ni . aku ada kenal ustaz yang boleh ubat orang . aku nak bawak si KA ni lah.. Aippp banyak sangat tershashul ni.. “

” Ahh sudah bang nnti kene kecam dgn abg “fit” haha.. Aippp dia ni, berdekah la haha.. org suh explain je xyah jd nyah hahah.. penat aku dengan kamal ni, kelakar makin menjadi jadi.. “

Semakin lama semakin menjadi-jadi kelakar Kamal ini, terhibur warganet dengan penjelasan Kamal yang menghiburkan itu. Aib dan Aip pun boleh dijadikan bahan jenaka. Semoga Kamal terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan berbahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kamal Adli 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak