Connect with us

Viral

” Aikk hari tu kata ada lebam dan kesan melecet.. ” – Komen Netizen

Perkongsian maklumat terbaru inkues kes Zara Qairina saksi ketiga, Dr Janefer Voo raih perhatian warganet. Eh bukan sebelum ni kata ada lebam ke..

Hari ini merupakan minggu kedua kes Inkues kematian arwah Zara Qairina berlangsung di hadapan Koroner, Amir Shah Amir Hassan. Setelah pakar patologi, Dr Jessie Hui sebagai saksi pertama dan pemeriksa dokumen dari Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah dihadapkan sebagai saksi kedua.

Hari ini saksi ketiga pula ditampilkan iaitu pegawai perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Queen Elizabeth ( HQE ), Dr Janefer Voo. Menurut perkongsian di akaun Instagram Sinar Harian dan Era, Dr Janefer memberitahu dia menerima pesakit perempuan bernama Zara Qairina pada 16 Julai yang lalu sekitar jam 4.38 pagi.

Keadaan Zara pada ketika itu tidak sedarkan diri. Setelah melakukan pemeriksaan, Dr Janefer mendapati bahagian belakang kepala Zara cedera, bengkak dan berdarah. Zara juga mengalami patah tulang tertutup pada pergelangan tangan. Dr Jenefer turut mendedahkan beberapa lagi kecederaan Zara pada ketika itu.

Namun ketika mengulas isu kesan lebam, jawapan Dr Jenefer membuatkan warganet sangsi. Tiada sebarang kesan lebam atau kesan penderaan pada tubuh Zara. Laporan awal sebelum ini ada mengatakan badan Zara ada kesan lebam. Malah ibu Zara sendiri melihat ada kesan lebam ketika proses mandi mayat dilakukan. Adakah maksud Dr Jenefer itu bukan diakibatkan oleh penderaan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Aku doakan yang bersubahat . Allah tarik nyawa serta merta . Tak layak hidup org gni , campak ke neraka terus . Allahuakbar .. Sakit hati baca . JusticeForZara . Allah ada.. “

” Tiada kesan penderaan tapi.. ada patah pada tangan Dan buku lali… Macamane tu.. Pakar cakap sebab jatuh tapi tak kena tolak .. pening.. hari2 ada belit berbelit kenyataan di mahkamah.. “

” Aikk haritu kata ada lebam dan kesan melecet. Sekarang tak ada pulak. Pening lahh.. lebam tu ada pakar forensik yg bgtau hrtu.. “

” Allah akan balas SEMUA yang terlibat dalam jenayah buli dan bunuh arwah zara qairina dengan balasan yang setimpal insya Allah.. “

” Info tak jelas langsung.. kejap lebam kejap tak.. kejap kena tolak kejap tak.. Dah makin terbelit belit kisah ni.. only Allah knows the truth.. “

” Dah kata lebam kat belakang arwah tu macm mana pula?? Tu sbb mak arwah minta gali balik.. Lebam pelik? Makin tak betol kes ni jadi nya.. takpe tunggu dan lihat je.. Allah tengah susun orang-orang yang terlibat.. “

” Hmmm inkues ni mcm hanya nak diamkan rakyat jer… dari banyak2 kecederaan tiba2 takde tanda itu ini.. Kami mahukan keadilan untuk Zara.. “

Keterangan ini menimbulkan amarah di kalangan warganet dan ketidakpuasan hati kerana pendedahan awal sebelum ini bercanggah dengan yang terbaru. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar saksi-saksi dapat berkata jujur dan keadilan untuk Zara dapat ditegakkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era, IG Sinar Harian  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Jeruk Mangga Papa Laris
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak