Artis / Selebriti
” Afwa jadi supporter kakak dia, terpaling seronok nak join lari ye.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Afwa yang begitu bersemangat beri sokongan pada kakaknya, Aafiyah ketika hari sukan sekolah buat ramai terhibur. Alahai comelnya Afwa berlari juga kat tepi trek larian. Dengan bodyguard Tokti sekali kena berlari sama, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram ctdk, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah ketika di hari sukan sekolahnya telah meraih perhatian ramai. Aafiyah telah menyertai acara larian ketika hari sukan sekolahnya itu.
Aafiyah kini sudah berusia 7 tahun menyertai acara lari 4 x 100m dan 100m. Baju Aafiyah berwarna merah semestinya Aafiyah mewakili rumah merah. Dari gaya Aafiyah dapat dilihat Aafiyah mempunyai bakat untuk menjadi seorang atlet seperti ibunya ketika di zaman persekolahan.
Moment yang dirakamkan ketika Aafiyah berlari sangat menarik sekali kerana Afwa dilihat begitu teruja memberi sokongan terhadap kakaknya. Afwa turut sama-sama berlari di tepi trek larian bersama bodyguard Dato’ Siti sebagai tanda memberi semangat kepada Aafiyah.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 55 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Dato’ Seri Siti dan Dato’ Seri Khalid turut turun ke padang memberi sokongan buat satu-satunya anak perempuan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Sy suka bodyguard tokti ni. Sgt la function. Dia jaga aafiyah dgn baik jugak. Ikhlas sy doakan bodygad tokti bahagia selalu, dipermudag segala urusan. Aamiin.. “
” Bagusnya sekolah ni, baju sukan muslimah. afwa jadi supporter kakak die hahaha nasib mimi pegang. klu x, dia smpi dulu tu.. “
” Afwa terpaling seronok nak join lari yek. Boleh hantar Afwa sekolah. Aafiyah kuat seperti ibu. Moga aafiyah afwa berjaya dunia akhirat. To mimi semoga selalu dilindungi Allah SWT.. “
” Tahniah Aafiyah… Spt melihat Datuk CT semasa kecil. afwa cute sgt..excited dia. Hahaaa Just enjoy itttt kita sama Tokti slagi bole masuk..kita masukkk.. “
” She looks like a mini version of Tok Ti, Terbaik afiyah menang kalah tu adat bertanding yang penting mencuba Cuba lagi ya afiyah .. “
” Terbaikk laa mimi ni…Harap2 boleh setia bekerja dgn tokti sampai bila2 mcm kak Rozie…..Function teroxx.. Alaaaa aafiyah ibu dh big girl… Dh masuk tournament da .. “
” Sporting tok ti n datuk K turun padang support afiah. Something abt her childhood that she will remember ever.. Betul.. pengalaman hidup yg anak² kita akan kenang seumur hidup… “
Menang atau kalah merupakan adat dalam pertandingan. Apa yang penting pengalaman seperti ini akan sentiasa menjadi ingatan apabila dewasa kelak. Semoga Siti Aafiyah berjaya mendapatkan pingat dalam acara sukan pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lebih Aliff Syukri daripada Aliff Syukri original. Amayan senak ulu hati nak menahan ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

