Connect with us

Artis / Selebriti

” Adui lah Cess, nak terkencing aku dengar peribahasa dia bagi tu.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Datin Shahida menguji anaknya, Qadejah El-Zahra berperibahasa buat warganet terhibur. Adui Cess, peribahasa apa Cess sambung ni. Rosak peribahasa tu Cess. Berdekah Mama gelak, haha.. 

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papa Laris By aa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Datin Shahida Dherbs bersama anak daranya, Qadejah El-Zahra. Riuh rendah live tersebut dengan gelagat lucu Qadejah bersama mama kesayangannya itu.

Datin Shahida cuba menguji Qadejah dengan menyebut beberapa peribahasa dan menyuruh Qadejah untuk menyambung peribahasanya itu. Antara peribahasa yang Datin Shahida ucapkan adalah ‘ pen merah, pen biru’ , ‘ Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan dan banyak lagi.

Apa yang mencuit hati warganet adalah semua jawapan Qadejah lari jauh daripada peribahasa sebenar. Sambungannya langsung tidak mengena dan sesedap mulut Qadejah menyebut sahaja. Datin Shahida membebel sambil menggelengkan kepalanya dengan semua jawapan oleh Qadejah itu.

Warganet juga terhibur dengan peribahasa Qadejah itu. Memetik komen warganet, sekiranya ada peperiksaan peribahasa, pastinya Qadejah tidak akan berjaya memperolehi walau satu markah. Qadejah memang mengikut Papa Laris yang bukan-bukan sahaja ayatnya.

Jom tonton video di bawah :

@papalarisbyaa

Paku dulang paku serpih, tuah di ayam! – Cess 2026.. Aiyooo khadejah…🤣🤣 #aliffsyukriterlajaklaris #shahidadherbs #cess #papalarisbyaa #aliffsyukri

♬ original sound – PapaLaris by AA – PapaLaris by AA

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Adui lah Cess, nak terkencing aku dengar peribahasa dia bagi tu. Semua ikut sedap mulut je. failed bm cess, failed haha.. “

” Paku dulang paku serpih.. paku dimata.. paku dihati. ya rabbi Cess, haha terbahak aku ketawa.. Jolokkn dekat mana mama haha.. sakit perut cess weh.. “

” Sebenarnya budak2 skrg ni x blaja dah simpulan bahasa,peribahasa,pantun semua ni. sebb adik sy pun mcm ni,klau tya dia buat muka pelik.. mmg x tahu lgsg.. “

” Saya minum milo, tersembur dengar kadijah punya peribahasa. Betul betul alip syukri 2.0 lah cess ni.. Dengan aku sekali lupa apa sambungan dia. YaAllah bdk2 zaman sekarang. Kt sekolah belajar apa je eh.. “

” Hanger papa mana, hanger papa mana haha.. saya confused.. ni yeo parey or cess haha.. kalau ada exam ni 0/100 haha.. adui kelakar.. “

” Ya Allah khadijah betul² mcm papa , haha best tgk , nanti khadijah belajar peribahasa ya.. mama nak marah pun tak tergamak nak.. Lawak lah haha.. “

” Cess boleh fear dengan Asif ni.. dia buat peribahasa sendiri weiii.. lucu lah cess.. rosak semua peribahasa dapat dekat cess.. gen papa dia kuat sangat ni.. pecah perut ketawa.. “

Qadejah memang ‘gagal’ sepenuhnya berperibahasa. Warganet menggelar Qadejah seolah-olah jelmaan Dato’ Aliff 2.0. Datin Shahida sendiri tidak larat hendak ketawa mendengar peribahasa Qadejah itu. Rosak semua peribahasa Qadejah. Semoga pembaca juga terhibur dengan gelagat Qadejah itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Papalarisbyaa  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak