Artis / Selebriti
” Adab Akiko ni tinggi, salute. Nak susun sudu garfu pun betul-betul kena sebaris. Kita tengok pun kagum.. ” – Netizen

Ridzokumura Kongsi Video Hidangan Sahur Dan Berbuka Air Tangan Isterinya Buat Ramai Kagum. Menarik Betul Semua Menu Yang Disediakannya, Dah Persis Hidangan Hotel 5 Bintang !!
Pengusaha salun rambut terkemuka, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau mesra dipanggil Ridz Okumura dan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura muncul di laman TikTok telah mencuri tumpuan warganet. Gelagat anak kacukan Melayu Jepun itu yang pekat pelatnya berusaha bercakap dalam bahasa Melayu meraih perhatian ramai.
Untuk rekod, Ridz mendirikan rumahtangga bersama wanita dari Tokyo, Jepun iaitu Akiko Okumura dan sering berkongsi video juadah bersahur serta berbuka puasa bersama Sky yang dimasak oleh isterinya. Kalau dilihat, semua juadah yang dimasak oleh Akiko kelihatan begitu menarik.
Sebelum ini menerusi satu video, Ridz ada berkongsi cerita apabila ada netizen bertanyakan kepadanya pada pukul berapa Akiko bangun tidur untuk menyediakan menu-menu menarik seperti itu. Kata Ridz, Akiko akan bangun pada jam 2 pagi untuk menyiapkan menu bersahur untuk dirinya dan anak mereka.
Perkongsian video-video yang dikongsikan oleh Ridz di akaun Instagram mahupun akaun TikTok telah menjadi perbualan warganet. Ramai yang memuji dan kagum dengan penyediaan hidangan dilakukan oleh Akiko yang dikatakan persis seperti hotel 5 bintang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kagum tengok wife dia deko hidangan, dah persis makanan dekat hotel mewah.. Besar pahala wife, sanggup bgn awal sediakan juadah sahur cukup lengkap.. “
” Ini kalau saya yang tiba2 masak cantik2 susun complete menu, mungkin suami saya akan pi sujud syukur atau ajak pi jumpa doctor, haha.. “
” Wehh dah tap payah susah2 nak pergi makan di Hotel, dekat rumah pun dah cukup menarik sangat ni.. Jimat duit.. Wife dah lah cantik, suka memasak, kemas rumah.. “
” Adab Akiko ni tinggi, salute. Very details nak susun sudu garfu pun betul2 kena sebaris.. Kita tengok pun kagum lah.. Hebat wife abang.. “
” Aku yg masak hari2 semangat hari2 pun tercabar tgk sis akiko ni masak. Hiasan dia mak aihh, susunan dia teliti.. mmg btul la org jepun ni tinggi disiplin nya ya.. “
” Isteri solehah ni komer, terbaik besar pahala melayan suami & anak-anak.. Peminat wife abang hadir & Sky.. Setiap tahun tak sabar tggu nak tengok hidangan sahur dan berbuka abang sekeluarga.. “
” Bini abang dah lah lawa giler,hari2 masak kalah hotel 5 star punya masakan.. Bertuah Abang.. Semoga family Abang kekal bahagia till jannah aamin Ya Allah.. “
Menarik sungguh setiap hidangan oleh Akiko itu, patut lah ramai yang memuji dan kagum. Bagi yang suka mengikuti live atau pun video Ridz, pasti mengetahui yang Ridz sentiasa meminta maaf sebagai pembuka bicara sebelum menjawab pertanyaan dan kritikan pengikutnya dengan penuh beradab.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Enjoy pulak dengar budak-budak ni menyanyi. Hael dengar mesti tergelak sama, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Aku menangis teresak-esak masa dia cakap kita sorang je bang. Macam kena robek hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nampaknya Fattah dan Mira dua-dua dah declare ni, tak selindung lagi. Happynya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Perangai lah dua-dua ni, rosak Fattah layan Erma. Dua-dua masuk air, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Part ni memang ambil DNA mak dia. Selamba je dia me’minion’kan appa dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cantik sangat rumah Nurul ni, macam resort pun ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rasa nak ikat muncung tu. Tolong lah tak payah kemam, haha.. ” – Komen Netizen