Artis / Selebriti
” Ada yang kata sebab saya sibuk, saya tak luang masa dengan Fatima.. ” – Fattah Amin

Video Fattah Amin menafikan isu yng mengatakan dia mengabaikan anaknya, Fatima Aisya. Alahai kesian dengar apa yang Fattah luahkan. Part Fatima cerita mimpi daddy menyentuh hati ramai..
Masih belum reda mengenai isu perpisahan antara Fattah Amin dan Fazura, setiap kali berkesempatan bertemu Fattah pastinya ada sahaja soalan panas daripada wartawan untuk duda hangat di pasaran ini. Soalannya tidak lari daripada isu Fattah dan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Majalah Wanita, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Fattah sejurus selesai majlis Faces of Amber 2025. Sebelum temubual dimulakan, Fattah sudah memaklumkan tidak mahu ditanyakan soalan-soalan panas.
Antara isu yang diutarakan adalah dakwaan mengatakan Fattah mengabaikan Fatima dek kerana kesibukannya bekerja. Kata Fattah, sesibuk mana pun dirinya, pasti masa untuk Fatima sentiasa diutamakan. Malah Fattah seboleh-bolehnya mahu meluangkan lebih masa bersama anak kesayangannya itu.
Fattah turut berkongsi cerita Fatima memberitahu dirinya termimpikan Fattah dan ingin berjumpa Fattah. Ianya meruntun hati Fattah. Fattah tidak mahu Fatima merasai kehilangan sekalipun dirinya dan Fazura bukan lagi bergelar suami isteri. Penting untuk semua menjaga emosi Fatima kerana Fatima masih kecil untuk memahami semua ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@majalahwanita Fattah Amin minta doakan yang baik2 agar dia dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fattahamin #amber
@majalahwanita Kata Fattah, mungkin lama kelamaan Fatima akan faham akan situasi perceraian yang berlaku #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fattahamin
@majalahwanita Fatima kata dia mimpi daddy & nak jumpa daddy #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #fattahamin
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus cara Fattah menjawab pertanyaan wartawan. Langsung takde aibkan bekas isteri.. InsyaAllah fattah ayah yg baik. bertanggungjawab.. “
” Buat yg terbaik Fattah.. untuk anak tu penting.. Jaga mata hati fazz dan anak .. jangan peka sangat hal2 diluar.. hargai mse dan tanggungjawab.. semoga berjodoh kembali demi Fatima. amin.. “
” Faham situasi fattah … harap pihak fazura tak terlalu ikut perjanjian .. fikir perassan anak dia .. bagilah peluang si anak bersama ayah bermalam .. perjanjian tolak tepi dulu .. ynag salah mak dan ayah … anak kecil belum memahami .. harap keduanya dapat buat keputusan terbaik utk fatima … doakan ynag baik baik untuk mereka.. “
” Kalau boleh buat mcm Puteri Sarah, anak2 dia mcm tak kehilangan dan tak tau orang tuan mereka berpisah. Dua 2 pihak (family besar masing2) saling menjaga hubungan membuat anak tak merasa kehilangan kedua ibu bapak mereka. Intinya disini hubungan Fattah dan Fazura harus baik. Walaupun bukan suami istri laagi.. “
” Puji btul Sharnaaz ngan mummy Jebat. Bila2 nak jumpa dtg je. Ambil je. Co parenting yg betul. Anak2 pun sihat mental fizikal.. sama sama kita doakan yang terbaik untuk Fattah, Fatima dan Fazura.. “
” Allahhu… siannye fattah.. kena contohi sharnaaz dgn nabila.. k jer diorg.. jebat pun happy.. apa apa pun, percayalah pada percaturan Allah.. ada yang terbaik suatu hari nanti.. “
” Kejujuran dan keikhlasan dari hati ke hati. alhamdulillah masa dapat mengubah segala2nya yang penting langkah2 dia Allah arahkan dia dengan rezeki yang melepar luas dilautan.. Terbaik perancangan Fattah Amin utk anak dan keluarganya.. “
Berat untuk dilalui tetapi pastinya Allah sudah mengaturkan yang berbaik untuk Fatima, Fattah dan Fazura. Semoga emosi Fatima tidak terganggu dan Fatima akan memahami situasi mommy dan daddynya. Allah menguji hambaNya kerana tahu Fattah boleh melaluinya dan pasti ada sinar bahagia untuk Fattah dan Fatima nanti.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Majalah Wanita, IG Fattah Amin, IG Fatima Aisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daripada situ lah dia start suka abang.. ” – Ridzokumura
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali kita pun menangis juga tengok mak dan ayah Siti menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berbeza gambar tapi tidak dalam kenangan.. ” – Abdur Rahman
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen