Artis / Selebriti
” Ada reaction rupanya si Mirul ni. Susah nak tengok Mirul macam ni.. ” – Komen Netizen
Ain Edruce kongsi video reaksi suaminya, Amirul Hafiz ketika diberitahu hamil lagi buat warganet terhibur. Wah lain macam reaksi Amirul kali ini. Susah nak tengok Amirul bagi reaksi macam ni sebelum ni..
Pengacara sensasi, Ain Edruce pernah berkongsikan khabar duka ketika Ain mengalami keguguran sebelum ini. Ianya sesuatu yang sangat menyedihkan buat Ain, namun Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk Ain dan suaminya, Amirul Hafiz apabila Ain kini kembali hamil lagi.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ain.Edruce, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Amirul ketika Ain memberitahu dirinya hamil. Pada awal video, Ain paparkan situasi ketika Ain sedang membuat video bersama Amirul dan anak sulung mereka, Soraya.
Pada paparan video tersebut, ada dituliskan Ain memberitahu Amirul yang dia berasa tidak sedap badan. Paparan seterusnya, video Ain menunjukkan keputusan alat ujian kehamilan kepada Amirul ditunjukkan. Reaksi Amirul membuatkan meraih perhatian warganet.

Jarang dapat melihat wajah Amirul yang sering ‘blur’ ini tersenyum lebar seperti itu. Amirul sememangnya dikenali warganet dengan sikapnya yang tiada reaksi walau apa pun yang Ain lakukan. Tetapi kali ini kegembiraan Amirul apabila Ain hamil anak kedua mereka benar-benar terlihat.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ain.edruce Alhamdulillah!! Soraya gonna be kakak❤️❤️❤️❤️ Doakan everything goes well okay guys😘
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Yeayyyy kalau team gegirl lagi, abislah daddy kena main spa saloon colour kuku la haha.. Kalau team boboy tapi perangai ma dia… Hmm ytjt.. “
” Sediakan mental yang mantap untuk besarkan “second child” haha.. cabaran dia lain macam nanti Mirul.. “
” Anak no 2+ perangai mak dia… dr sekarang amirul dh boleh siapkn apa yg patut ye. xyah kelip mata 2 kali, sbb kami semua mmng xdpt nk tolong.. “
” Alhamdulillah yey selamat menghadapi second child ain dan Mirul.. tahniah korang.. Hati2 dgn ank no2 nih.. kita rasa kita bijak n panjang akal dh tp.. ytjt laaaa.. “
” Ada reaction rupanya si Mirul ni.. Ala comel sangat reaction Mirul tu.. susah nak tengok Mirul sengih lebar macam ni.. “
” Kalini reaction Mirul okey sikit haha.. Alhamdulillah yeayy soraya nak jadi kakak.. congrats Ain, moga sihat selalu.. “
” 1st time ni nampak Mirul ketawa sengih gembira dengan ikhlasnya.. Mirul second on the way, yeayyy.. “
Alhamdulillah rezeki Ain dan Amirul, tentu lagi meriah rumah dengan kehadiran anak kedua nanti. Reaksi Amirul memang luar jangkaan ramai, terhibur warganet melihatnya. Tahniah Ain dan Amirul daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala urusan Ain sepanjang hamil dan melahirkan nanti berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ain.Edruce
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa yang kita nampak di Parlimen, itu bukan dia.. ” – Shaheizy Sam

