Artis / Selebriti
” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
Video Hairul Azreen menghantar isterinya, Hanis Zalikha ke KLIA untuk bercuti bersama kawan-kawan buat ramai terhibur. Baru nak sebak, sekali ada plot twist rupanya, haha..
Menerusi akaun Instagram Hairul Azreen, perkongsian sebuah video yang memaparkan Hairul menghantar isterinya ke lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk pergi bercuti telah meraih perhatian ramai. Hanis Zalikha akan pergi bercuti selama 10 hari bersama kawan-kawannya.
Hairul kelihatan agak sebak untuk melepaskan isterinya pergi. Mereka saling berpelukan dan Hairul juga dilihat mengesat air matanya sehingga mengundang sebak ramai orang. Maklumlah selama 10 hari isteri tiada dan Hairul akan menguruskan anak-anak.
Namun tanpa disangka rupanya ada plot twist. Sebaik sahaja selesai melambai antara satu sama lain. Hairul dan dua rakannya dilihat menari kegembiraan. Wah, nampaknya bukan rasa sedih melepaskan isteri pergi tetapi lebih gembira apabila isteri tiada.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik dalam tempoh satu jam yang lalu. Adakah semua para suami akan berasa seronok apabila isteri pergi me time bersama kawan-kawan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Keknis spil set baju tu plsss. Ke belum launch lagi collection ni? Betul ke yg part last tu bang? Tggu la masok hari ke 2 ke 3 kompom sedih blk carik bini kn .. “
” Nmp nya nanti x semangat laa nk main pickleball isteri tercintahhh berjauhan. Hareyyyy btolll…br nk sedih.. Part last tu macam tak cukup 10hari je .. “
” Ingatkan alisa dari masa depan pelok hanis tadi, Yg last tu kelakar ye.. Lagu pun kemain.. Mmg berat nk bg , tp nk buat mcmna kan.. “
” Kemain ekk…tapi lame2 mesti bosan kan xdgr suare bebel2 . Comel alisa pakai topi.. Cantik bethol hanis ni dari dulu sampai skrg.. “
” Padahal happy kan boleh kuar ngan membe2. terhibur…gini lah suami2 bila kena tinggal. mmg takleh caya hasben2 ni semua.. “
” Besar dah Alyssa. Lg tinggi dari mommy dia sekarang.. Hahahaha seronok lain mcm part last tu kan.. Acah² sedih lak .. “
” Ada plot twist rupanyer bru nk sebak tgk mula2 tu.. Setinggi tinggi hanis tinggi lagi hairul yee berape la ye ketinggian diorg ni.. “
Walaupun begitu Hanis tidak menyatakan ke mana destinasi percutian Hanis dan kawan-kawannya. Kami di Berita Kopak semoga selamat pergi dan balik selepas percutian. Selamat bercuti diucapkan kepada Hanis dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

