Connect with us

Artis / Selebriti

” Ada ke orang telefon adik ipar dia setiap hari, ‘hello, astaghfirullah, buat apa ni’.. ” – PU Riz

Video PU Riz menjawab isu dikatakan tidar menegur iparnya dalam bab menjaga aurat raih perhatian ramai. Fuh, dah macam sesi luahan perasaan, macam dah lama pendam. Kesian Pu Riz, asyik kena kecam je. Ini respon Pu Riz..

Bukan mudah untuk Haris Ismail atau PU Riz yang bergelar pendakwah bebas untuk berdakwah. Dalam suami Neelofa ini asyik mengajak orang ke arah kebaikan, ramai yang mempersoalkan mengapa PU Riz tidak menegur ipar duainya yang terlihat masih belum menutup aurat.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sembang Seram, telah dikongsikan satu sedutan PU Riz menjadi tetamu undangan podcast tersebut. Bercerita mengenai menegur sesama ipar, PU Riz menegaskan ada cara dan adab yang perlu dipatuhi dan tidak boleh sembarangan.

PU Riz juga berkongsi cerita tidak hanya di media sosial, tetapi ketika memberikan ceramah agama juga, ada yang bertanya tidakkah dia malu kerana isu tersebut. PU Riz memberikan satu jawapan dan penjelasan yang cukup terang menerusi podcast ini.

Apa yang tidak elok pasti akan PU Riz memberikan teguran tidak kira siapa pun orang tersebut. Namun sebagai orang Islam yang mengikut ajaran hadis dan sunnah, PU Riz tahu batasnya terhadap ipar. Orang boleh mengatakan apa sahaja, namun tidak mengetahui situasi sebenar.

Jom tonton video di bawah :

@sembangseram

Ada cara dia guys dalam bab nak menegur sesama ipar ni. Fahamkan baik-baik ok 😊 #harisismail #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 105 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sesi luahan perasaan PU Riz. Lama betul dah pendam ni, sekali meletop, ambik haha.. orang asyik duk tuju pada dia je, kesian jugak.. “

” Masing masing dah besar. Kalau dah kena tegur tu tak berubah jugak maksudnya hati dia belum terbuka lagi.. “

” Dia ada mak bapak lagi.. mak bapak dia la yg tegur. Bukan peranan dia. abang ipar pun dah fed up tu hehe.. “

” PU Riz meluahkan perasaannya.. tegur adik sendiri pun belum tentu dengar, ini kan pulak adik orang.. dia dah tegur apa yang tak betul, selebihnya terserah pada orang yang ditegur.. “

” Betulla tu apa haris cakap. Dia dah tegur secara berhemah.. Tapi priority yg menegur adalah parents itu sendiri. Erti kata mudah takkan la haris nak lebih sudu dari kuah.. “

” Akhirnya dia bersuara, lama dah pendam tu. Bagi yg tk paham tuuuu, THIS is exactly his teguran which mak bapak adik ipar dier yg kene hadam sebenarnya.. “

” Maksd dia, dia dah tegur. Tp bkn tggjwb dia nak follow up hari2 tnya psal adik ipar tu. Yg wjb tanya hari2 adalah ayah dia.. ujian terbesar adalah berdakwah kpd keluarga sendiri.. “

Betul apa yang PU Riz katakan, tanggungjawabnya sekadar memberikan teguran dan dia perlu menghormati orang yang lebih layak daripadanya untuk isu ini. Sama-sama kita mendoakan agar kita semua juga diberikan taufik dan hidayah serta dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sembang Seram   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak