Artis / Selebriti
” 6 tahun lepas, tanpa dapat apa-apa gambar, tanpa melihat keadaan dia.. ” – Achey
Perkongsian Achey Bocey Sempena Hari Lahir Anaknya, Tiara Zinnirah Nasir Yang Ke 6 Tahun Buat Peminat Tersentuh. Achey Dedah Apa Yang Berlaku Ketika Mendapat Satu Panggilan Telefon 6 Tahun Lalu, Sebaknya !!
Hari ini tanggal 15 Mei merupakan hari istimewa buat Achey Bocey dan isterinya, Anne kerana ianya adalah hari lahir Tiara. Menerusi akaun Instagram Achey Bocey, Achey mengimbau kenangan 6 tahun lalu. Achey menceritakan peristiwa bermulanya mereka suami isteri terbuka untuk menerima seorang bayi sebagai anak angkat mereka.
Luahan Achey menerusi kapsyennya ini menyentuh hati ramai warganet. Tanpa mengetahui siapa dan dari mana bayi tersebut, Anne menangis dan meminta persetujuan Achey untuk mengambil bayi itu sebagai anak mereka. Kuatnya hati mereka untuk menerima si kecil ini walhal sebelum ini sudah ramai bayi yang ditawarkan.
Achey mengatakan dia mencuba sedaya upayanya memberikan didikan dan asuhan yang terbaik untuk Tiara. Banyak kerisauan di hati Achey memikirkan dirinya berjaya atau tidak membesarkan Tiara dengan betul. Namun penerimaan warganet kepada Tiara membuatkan Achey menarik lafaz lega.

Tiara Zinnirah Nasir, permata hati yang membawa kegembiraan dan pembuka rezeki untuk Achey dan Anne. Hari demi hari, semakin banyak hati yang tertawan dengan sifat dan perangai Tiara. Achey turut meluahkan rasa syukurnya kerana ramai warganet yang menyayangi Tiara.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Achey ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dengan kita sekali sedih baca ucapan achey ni.. Anne dan achey ibu ayah yg hebat. Alhamdulillah semoga terus kekal bahagia hingga ke Jannah….. Happy birthday tiara.. ”
” Dengan sy skali sebak baca sbb nsb kita sama xde ank tp alhamdulillah bhgia je bdua dan ada 2 org ank sedare yg perangai dorg bikin ktorg laki bini haru biru.. ”
” Tulusnya ucapan sampai sy pun terasa menusuk tulusnya ucapan seorang ayah buat anaknya, semoga membesar menjadi seorang anak yg solehah, aminnn.. ”
” Happy birthday tiara syg . Ayah kau buat uncle sebak pulak . Semoga menjadi anak yang solehah dan banggakan ayah dan mama ok. We all love you tiara.. ”
” Kenapa pulak kita yang nangis baca ni, aduhai tak pasal baju basah kesat ayor mata. Semoga amanah ini menjaga kedua ibu bapanya nanti hingga ke syurga. Amiin.. ”
” Kalau bagai salah satu malaikat yang Allah titip kan buat ibu dan ayah serta kami merasa bahagia. Benar satu Malaysia sayang kan awak dan percayalah kasih sayang ibu ayah itu tiada siapa mampu tandingi.. ”
” Permata hati dtg tanpa di duga… besar sungguhkan Kasih sayang Allah… yg sangat Luas… Happy birthday tiara..semoga menjadi anak yg membangga kan ibu ayah selalu.. ”
Anne juga turut meninggalkan komennya pada posting Achey ini :

Ucapan yang tulus dan ikhlas daripada seorang yang Tiara gelar Ayah. Segala yang Achey dan Anne korbankan untuk kebahagiaan dan kesenangan Tiara, warganet adalah saksi yang melihat semua itu. Selamat ulangtahun kelahiran Tiara dan semoga Tiara menjadi anak yang solehah buat mama dan ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

