Connect with us

Artis / Selebriti

” 6 tahun dah, cepat betul masa berlalu. Mesti sakit tu sampai sekarang ada lagi kan bang.. ” – Komen Netizen

Genap 6 tahun pemergian arwah Abam Bocey, perkongsian Fad Bocey video voice message dan kenangan bersama arwah Abam buat ramai sebak. Rindu yang tiada penghujungnya. Sebaknya tengok moment manis Fad dengan Abam.. 

Bulan Februari menjadi bulan sedih untuk 2 orang anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. 10 Februari 2020 menjadi tarikh keramat yang menyedihkan untuk mereka apabila sahabat baik mereka, Abam Bocey menghembuskan nafas terakhirnya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fad Bocey, telah dikongsikan satu video yang disunting memaparkan kenangan bersama Abam. Pada awal video, paparan perbualan suara antara mereka bertiga di applikasi WhatsApp diperdengarkan untuk semua.

Banyak video kenangan ketika mereka bertiga bersama-sama berjuang dalam bidang seni ditunjukkan. Betapa sayangnya Fad terhadap Abam. Mereka memerah tenaga dan otak untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk setiap pertandingan yang mereka sertai.

Perginya Abam ketika Fad tidak berada di sini dan tidak dapat berada di sisi Abam. Namun pusara Abam akan selalu menjadi destinasi wajib untuk Fad ziarahi selalu. Persahabatan mereka itu tidak akan putus, sekali pun sudah berlainan kehidupan.

Jom tonton video di bawah :

@fadbocey.91

Hari ni genap 6 tahun kau tinggalkan kami bam,rindu🤲🏻🤍🫶🏻

♬ original sound – FadBocey – FadBocey

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Persahabatan macam ni memang akan paling dirindui bila orang tu tinggalkan kita.. tak terasa 6 tahun, rasa baru je pergi.. “

” 6tahun dah , ya Allah cepat betul masa berlalu rasa baru je arwah tiada.. terasa arwah macam masih ada.. “

” Sumpah rindu dengan lawak arwah abam.. al fatihah untuk abam bocey.. Semoga Allahyarham Syed Omar Mokhtar ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana.. “

” Mesti sakit tu sampai sekarang ada lagi kan bang, hilang kawan yg ada masa zero sampailah ada segalanya. alfatihah buat arwah.. “

” Mesti masa edit ni sambil mengalir air mata kan Fad.. Semoga yg baik2 saje buat abg fad dan abg achey… kekal kan persahabatan ini walaupun tggl berdua… al fatiha buat abg abam.. “

” Rindu tak berpenghujung.. arwah tiada penganti, tapi ada sahabat penerus legasi.. smoga sgalanya baik² shaja untk achey dan fad jaga diri jaga kshtan … insha Allah jika diizinkan akan bersatu di syurga nnti Aminnn.. “

” Menyesal pulak tengok sampai habis.. terus keluar air mata dengan suara arwah Abam, selamat tinggal artis kesayangan kami .. sekejap arwah Abam pergi .. 6 tahun, rindu sangat lawak Bocey Al-Fatihah untuk arwah Abam amin.. “

Pejam celik, pejam celik, sudah 6 tahun berlalu, namun kenangan bersama arwah Abam masih tetap segar dalam ingatan Fad. Kehilangan seorang sahabat sejati yang sukar dicari ganti. Semoga arwah Abam tenang di sana dan sama-sama kita sedekahkan bacaan Al-fatihah untuk arwah Abam.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Fadbocey   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak