Artis / Selebriti
” 1st time dengar Abang Haji bersuara. Terkejut tengok dia cakap banyak.. ” – Komen Netizen
Video bekas suami Bonda Rozita Ibrahim, Abang Haji live bersama anaknya, Nur Ain Sufiah curi perhatian warganet. Banyak cakap rupanya Abang Haji, nampak macam pendiam. Lemah lembut tutur bicaranya dan insanΒ yang penuh ilmu di dada..Β
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dhana Shops, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live anak perempuan pengasas kosmetik terkenal, Bonda Rozita Ibrahim bernama Nur Ain Sufiah bersama daddynya yang mesra dengan sapaan Abang Haji.
Sebagaimana semua sedia maklum, Abang Haji adalah bekas suami bonda Rozita dan perkahwinan mereka dikurniakan dengan beberapa orang anak. Dalam kehangatan isu yang melibatkan anak-anak bonda Rozita bersama seorang selebriti, kehadiran Abang Haji dalam live Ain ini menyenangkan hati semua viewers.
Banyak yang diperkatakan dalam live semalam dan semuanya membawa aura positif kepada pendengar. Ramai yang tidak menyangka Abang Haji rupanya seorang yang peramah dan banyak bercakap. Tutur kata Abang Haji juga tersusun dan sedap didengar.

Sebelum mengakhiri live tersebut, Abang Haji masih tetap memberikan nasihat kepada semua agar selalu mengatakan dan mendoakan benda yang baik-baik. Ain juga kelihatan tenang dan gembira ketika live bersama daddynya itu. Sisi lain Abang Haji yang ramai orang tidak tahu sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
@nuyun22 Doa yang baik2#fypγ·γ #fypγ·γviral #fypage #fypγ· #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abg aji ni suka bersederhana.. antara suami2 bonda, abg haji ni suami yg paling strong character mampu tundukkan kegarangan bonda, byk menegur bonda utk menjadi lebih islamic.. tapi jodoh x panjang juga.. “
” Mlm td viewer bg aji ngan ain smpi 24k, mcm fattah amin weii.. jarang jarang abang aji berbicara.. bicara dia penuh positif dan menasihati.. sejuk hati dengar.. “
” 1st time dengar bang aji bersuara. terkejut tgk ayh haji ckp byk smlm sya tgk smpai abis ain live. xdak pon ckp bnda negatif yg baik2 ja ayah haji ckp.. “
” Baru dengar suara dia cakap panjang dgn bonda dulu kenapa dia selalu masam je, rupanya chill je.. anak nampak tenang sebelah bapa yg mendamaikan.. “
” Masa jadi suami bonda Abg Aji yg saya nampak agak penyenyap rupanya dia peramah. abg aji ada aura tersendiri. in syaa Allah.. “
” Kali pertama abg aji bercakp dlm bhsa yg panjang.. selalu tu sikit2 je dgr suara abg aji.. Sejuk ati dngr ddy bcakap sngt positive humble.. “
” Ingat dady x pandai ckp2.. selama ni x pernah dengar apa2 dr dady.. bestnya ada bapak cmni… my inner child menjerit jerit.. terbaik nasihat daddy tu.. “
Percakapan Abang Haji tenang dan mendamaikan semua yang menonton live tersebut. Banyak nasihat yang diberikan untuk semua agar dapat dimanfaatkan dalam kehidupan. Semoga Abang Haji bahagia selalu bersama anak-anak dan dirahmati Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dhana Shops
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya suara Yosh. Merinding dengar, lunak dan gemersik macam Amira Othman.. ” – Komen Netizen


