Artis / Selebriti
” 11 tahun 11 kek. Mummy layankan aja kan Aaisyah.. ” – Rozita Che Wan
Video sekitar sambutan hari lahir ke-11 Aaisyah Dhia Rana bertemakan Sunset raih perhatian ramai. Wah cantiknya Aaisyah, kek pun banyak betul. Macam biasa jumlah kek mesti seiring bilangan usia Aaisyah, meriah sungguh..
Anak kepada pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana, baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 11 dalam suasana penuh meriah dan eksklusif. Sambutan kali ini mencuri perhatian ramai apabila bertemakan Sunset.
Apa yang lebih menarik, majlis hari lahir tersebut turut menampilkan 11 biji kek istimewa, melambangkan angka umur Aaisyah pada tahun ini. Setiap kek dihias dengan rekaan unik berinspirasikan warna jingga, keemasan dan ungu lembut yang mencipta suasana seolah-olah matahari sedang terbenam di ufuk langit.
Aaisyah tampil anggun dalam busana berwarna oren keemasan yang menyerlahkan lagi tema senja. Turut hadir memeriahkan suasana ialah ahli keluarga terdekat, rakan-rakan Aaisyah serta beberapa rakan selebriti yang rapat dengan keluarga Che Ta dan Zain.

Perkongsian video-video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai satu jam ia dimuatnaik buat masa ini. Majlis yang diadakan dengan suasana penuh kasih dan keceriaan itu bukan sahaja meraikan hari istimewa Aaisyah, tetapi juga menjadi simbol kasih sayang keluarga.
Jom tonton video di bawah :
@rozitachewan1 11 tahun 11 cake! Mummy layankan aja kan aaisyah🤪
@rozitachewan1 Aaisyah’s birthday party.. Tema SUNSET pulak taun ni 😋 #aaisyahdhiarana #adr11yrsold #ADRhappybirthday
Perkongsian video ini telah dihujani dengan ucapan selamat hari lahir buat Aaisyah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Happy birthday semoga jadi anak yang solehah dipanjangkan umur murah rezeki selalu.. 11 tahun da anak dia cepat nya masa berlalu . rasa mcm Che ta baru kawen.. “
” Lahir sama ngan anak Sy 1/11/2014..masa keluar bilik operation nurse2 dok gosip masa ni che ta pun baru bersalin..tengh sakit sempat jg Sy join nurse nak tengk…haaaa tak leh lupa la masa ni.. “
” MasyaAllah cantikkk tak sabar nak tengok anak che ta ni besarrr mesti cantikk ikut perangai mummynya. happy birthday semoga di beri kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki selalu hendaknya.. “
” Sjujur ny aisyah neh lawa tp gaya n pnampilan de tu bt dia jd xlawa ma die ajr die jd bsr tp dia bdk lg so ble pnampilan die bt dia jd bsr mnampak kn dia tua bkn cm umur dia la.. “
” Dah besar..Comey…mcm muka ayahnya..sama dgn tarikh lahir saya 1/11.. happy birthday Aisyah semoga panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik amin.. “
” Cantik betul mcm ank patung dh besar jd rebutan. Happy birthday Aisyah yg ke11 thun semoga mnjadi ank solehah berjaya dunia Akhirat.. “
” Happy birthday Aisyah! baru 11 tahun dah gorgeous.. bakal disambar anak’ raja seluruh Malaysia kemudian hari seandainya WAR 3 tidak berlaku.. “

Semoga Aaisyah Dhia Rana terus membesar dengan sihat, bijak, dan sentiasa diberkati dalam setiap langkah hidupnya. Selamat ulang tahun ke-11 Aaisyah, semoga masa depanmu seindah warna senja yang menjadi tema istimewa sambutan kali ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen

