Connect with us

Artis / Selebriti

” YB sikit lagi nak terstory tu. Confirm 2026, yes.. ” – Komen Netizen

Video pendedahan eksklusif YB Saddiq dan Bella Astillah ketika sesi Meet and Greet Mydin buat ramai teruja. Wah tak berselindung lagi. Jawapan masing-masing buat hati peminat berbunga-bunga. Nasib YB tak tersasul..  

Pasangan sensasi, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq terus menjadi perhatian warganet. Pasangan ini yang berjiwa besar dan banyak persamaan membuatkan mereka kelihatan serasi apabila bersama. Jika YB Saddiq adalah ironman, Bella pula diumpamakam sebagai ironlady untuk MP Muar ini.

Back to back, jadual pasangan ini sangat padat dengan pelbagai event bersama. Selepas menyertai bazaar jualan di Singapura, pasangan ini menjayakan pula sesi Meet and Greet di Mydin untuk Sunsilk. Ramai yang menghadiri sesi ini untuk bertemu mata dengan BASS.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bellaastillahsyedsaddiq7, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sesi ramah mesra Bella dan YB Saddiq bersama peminat. Banyak soalan yang diajukan oleh host event ini kepada Bella dan YB Saddiq.

Antara soalan yang ditanyakan adalah 1st impression Bella dan YB Saddiq antara satu sama lain. Pasangan ini juga mencuri perhatian ramai apabila mengesahkan mengenai hubungan mereka. Sweet sangat masing-masing saling memuji antara mereka.

Jom tonton video di bawah :

@bellaastillahsyedsaddiq7

#bellaastillah #syedsaddiq #foryou #basstiess #TeamBASSOfficial

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL

@bellaastillahsyedsaddiq7

#bellaastillah #syedsaddiq #foryou #basstiess #TeamBASSOfficial

♬ original sound – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL – 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 OFFICIAL

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Yb skit lg nk terstory tu.. skit lg.. tp dh fham dh.. sekarang lebih dari kawan la maksudnya.. Ok confirm 2026 yes.. confirm laaaaa…. akan bersatu akhir nya.. aku yang sengih sengih dah napa.. adoi.. “

” Terbaik BASS… masing2 bangga sama sendiri. Kita doakan mereka akan bersatu & kekal hingga akhir hayat… aamiin.. “

” Mereka mengaku akan hbgn terjalin skrg ni.. so jgnlh soal mcm2 lg dan andaian kecaman.. kita tggu hr terpenting tu akan dtg.. sabar jerlah mrk akan umumkan good news.. doa yg baik je semua.. “

” Teringin nk tau apa kah hadiah Bella masa birthday YBSS. InshaAllah soon.. Anak2 berdua ni buat Acik tersengih2lah cepat haus bulan2 puasa ni.. “

” Pandai bella jawab, malu malu YB dengar.. kita tunggu pengumuman je ni dengan sabar.. itu je.. sabar itu separuh dari iman kan kawan kawan.. “

” Memang berseri seri sungguh BASS. Alhamdulillah Aamin team.bass peminat setia sentiasa menyokong dan menanti penampilan bella astilla dan yb Syed saddiq sentiasa cantik comel dan segak bergaya.. “

” Saya rasa bila masa majlis kahwin BASS nanti mesti ada wartawan tanya bila waktu yg betul BASS jatuh cinta bila masa cinta berputik.. tak sabar.. “

Jawapan Bella dan YB Saddiq membuatkan peminat BASS teruja. Banyak rahsia dan kemanisan dalam hubungan BASS dan semuanya akan didedahkan pada hari bahagia mereka suatu hari nanti. Bila kah masanya, sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi daripada YB Saddiq dan Bella.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Team BA’SS   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Mate Fit

Trending

Copyright © Berita Kopak