Artis / Selebriti
” YB dah ngaku bercinta dengan Bella. Dia mengaku secara halus dan berlapik supaya tak dikesan.. ” – Komen Netizen

Video seorang pemanggil menelefon dan bertanyakan pendapat YB Syed Saddiq mengenai perangai lelaki. Pandai caller ni pusing soalan tentang Bella, Haziq dan Nabil pun menambah ‘perisa’. In heart yer YB, jujur sangat ni, hehe..
YB Syed Saddiq kembali lagi bersama team 3 Pagi Era dan ke udara sebagai penyampai radio jemputan. Kehadiran YB Saddiq memeriahkan suasana dan ramai yang mengambil kesempatan ini untuk memanggil konti Era FM bagi bercakap dengan YB Saddiq.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Archania Nelly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan panggilan daripada salah seorang pendengar Era bernama Ima. Berkisarkan masalah mengenai tunangnya yang sangat pemendam dan kurang berkongsi, Ima ingin meminta pendapat daripada YB Saddiq.
YB Saddiq mencuba untuk memberikan jawapan yang terbaik untuk Ima. Kata YB Saddiq, tidak semua lelaki begitu. Bagi YB Saddiq sendiri, dia juga suka berdiam seandainya dia dalam keadaan marah dan cuba menenangkan diri sendiri.
Pemanggil ini bijak menggunakan kesempatan dan menyelitkan nama Bella Astillah dalam perbualannya itu. YB Saddiq sendiri tergelak apabila nama Bella disebut. Jelas YB Saddiq, dia dan Bella tidak pernah bergaduh kerana tiada sebab yang memerlukan mereka untuk bergaduh.
Jom tonton video di bawah :
@archania_nelly
@nizaaa.abil_ Hari kedua YB jadi Announcer Di radio era 😍😍 @Syed Saddiq #syedsaddiq #bellaastillah #fyp #trending #MuarSabah #bellasyedyes #couple #BASS
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Pandai caller tu, tu yang semua team BASS nak dengar. time ni la ada kesempatan kan.. wakil fans yang bertanya ni haha.. “
” Tak ada sebab nak bergaduh dengan Bella kata YB. wah sweetnya.. X trkata YB.. Yg call tu sngaja tu kan.. Sja nak kena kn yb kan.. naK tahu syg bella ke tak.. “
” Bagus soalan caller ni, tak terkata YB.. yg penanye tu nak perangkap YB tu sbenaqnye tu kn.. Pandai dia pusing2 soalan pulak… sebenarnya dia nk tnya pasal YB.. “
” Yg call ni team Bass kan.. mewakili betul.. terbaik ima nih.. kami team bass ni dh terguling nk tggu jawapan.. mmg win dia punya twist tuh.. “
” Mesti yg call ni fan BASS aca2 nak Tanya haha.. cantik soalannya.. risau aku, lama lama abis terbongkar ke udara ni.. “
” Yb kena scamed lagi ni. era ni macam meletop juga ni.. sayang yb tiada penghujung buat bella astillah.. yb dgn bella xde sbb utk brgduh.. brgelak ktawa adalh.. “
” Ni semua nak saiko YB, hati hati YB haha.. Its a trap question haha.. Nasib yb hebat nak cover.. yb ni telus, jawapan dia sikit sikit terpecah rahsia.. Eceyh luah perasan ke tu yb.. “
” YB dah ngaku bercinta ngn Bella. dia mengaku secara halus dan berlapik spy tak dikesan.. YB x nafikan hubungan dia dgn bella masa nabil buat2 tnya psal video pkai baju serawak.. Nabil kta “you will do anything for love” yb blushing trus kluar frame.. “
Macam-macam ragam pemanggil dan ramai yang cuba memerangkap YB Saddiq dengan soalan-soalan yang jawapannya dinanti-nantikan oleh ramai peminat BASS. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini. Kalau ada jodoh, pasti tidak akan ke mana.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Archania Nelly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rilek je mengata mak mertua dalam live. Habis dia pecahkan rahsia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sedihnya, apa perasaan ex husband Erma dengar macam tu ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nak gelak dosa tak yer. Orang dengar selawat rasa insaf, aku dengar selawat ni rasa berdosa sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Part ni aku gelak besar dengar Papa baca komen tu. Alif lam lam ha tak tahannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cia cia cia, itu rupanya panggilan YB Saddiq untuk Bella tersayang. Terlepas jugak YB ye, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ya ampun, terbahak-bahak aku dengar dorang cakap. Paling tak tahan, guna perkataan ayahanda tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sebenarnya pada hari Ahad tu, anak saya sebelum ke asrama.. ” – Ibu Zara Qairina