Artis / Selebriti
” Ya Allah sedihnya. Tak pernah tengok Dato’ Aliff nangis macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri bercerita penyesalannya terhadap arwah ayahnya ketika di sidang media filem pendek ‘ Ya, Abah Aku Jaga ‘ buat warganet tersentuh. Menangis-nangis Dato’ mengenangkan kejadian terakhir bersama ayahnya tu. Sebak sangat..
Ayah adalah insan yang kadang kala dilupakan pengorbanannya. Ayah dalam diam berkorban demi melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan walaupun ada kalanya diri diherdik dek kerana dibelenggu kemiskinan. Itu lah yang cuba ditonjolkan dalam filem pendek ‘ Ya, Abah Aku Jaga ‘.
Filem ini diadaptasikan dari kisah benar kehidupan usahawan, Dato’ Aliff Syukri yang pada ketika itu segan kerana ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Filem ini juga didedikasikan oleh usahawan berjaya ini untuk arwah ayahnya, Kamaruzaman Kamaludin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Aliff Syukri, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Dato’ Aliff berkongsi rasa penyesalannya ketika sidang media filem ini. Kekesalan yang tidak berkesudahan kerana sikapnya terhadap ayah kandung sendiri.

Dato’ Aliff tidak dapat menahan air mata ketika bercerita hari terakhir Dato’ Aliff bertemu ayahnya itu. Dato’ Aliff juga menzahirkan kekesalannya kerana terlampau sibuk dengan kerja sehinggakan tiada masa untuk bersama ayahnya itu. Wang ringgit bukan lah segalanya kerana kasih sayang yang dicari oleh insan yang bernama ayah.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Apa yang dia rasa macam aku rasa sekarang aliffsyukriterlajaklaris kadang2 duit xboleh beli masa … tapi bila kehilangan orang yang kita sayang… benda terasa sangat pedih… orang tua kite beri kite semangat untuk kite naik smpai hari ini..al-fatihah my mother.. “
” Allahhuakhbar… selalu tngok video dato saya gelak ketawa tapi hari ni saya tngok video ni saya mngis datoo… semoga arwah abah dato tenang dan bahagia disana.. al fatihah utk arwah abah dato.. “
” Ya Allah sedihnya.. tak pernah tgk dato aliff nangessss. Sy pon turut berkaca mata.. Baru tgk dato bercakap ni saya dah banjir kat office ni… arghhhh belum tgk filem lagi! Tanakkkkk! I is hati tisu.. “
” Sedihnya… moga dato’ kuat dan byk pengajaran dari kisah dato’.. menghargai seseorang masa ada.. Setiap sisi manusia yang menghiburkan pasti ada sisi yang menyayat hati.. “
” Al fatihah .. masih terbayang wajah arwah yang suka senyum bila di tegur.. aku yg tak tgk pon… baru mcm ni pon dh bejurai air mata… ape tah lagi nti tgk.. hallahhh.. “
” Dato Papa laris ni. sedihhh la merambu2 air mata saya.. kasih dan pengorbanan seorang ayah yang anak selalu tak nampak kan.. semoga allahyarham ditempatkan bersama orang2 yg beriman.. “
” Ya Allah sedihnya, asbab doa abah dato’, dato’ berjaya macam sekarang. Dia menyantuni org tuanya. Is another level. Saya ingat dia cuti di Australia.. Penuh van dia blanja pinggan Mangkuk Corelle utk bnda Wpun bonds mampu be orgnya. And dia try to do his best utk ayah ya. Suap ayah makan.. Time sakit.. “
Penyesalan Dato’ Aliff yang sentiasa menghantui dirinya. Namun semuanya telah tertulis di qada dan qadar Allah. Semoga apa yang bakal ditonton dalam filem ini akan memberikan banyak pengajaran kepada semua agar menghargai insan tersayang sebelum kita kehilangannya untuk selama-lamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow Amir, lain benar dah suara. Kenapa nyanyi pakai hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

