Artis / Selebriti
” Wow cantik sangat Amira macam cartoon Frozen, segak dan cantik.. ” – Komen Netizen
Video majlis resepsi sebelah lelaki, Fattah Amin dan Amira Othman curi perhatian ramai. Alahai cantik dan segaknya pasangan ni, baju pun special dan unik. Sopan dan anggun Amira..
Sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini, 26 Oktober adalah tarikh majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman. Majlis sebelah pengantin lelaki ini kini sedang berlangsung di satu lokasi sekitar Ampang. Majlis ini sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Fattah dan Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Indah dan Instagram Era, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perarakan masuk Fattah dan Amira ke dewan persandingan. Pasangan ini mengenakan persalinan yang cukup menarik dan elegent.
Fattah memakai sut berwarna hitam manakala Amira pula dress labuh yang indah rekaannya. Memetik komen warganet, Amira seperti patung Barbie dan solekannya malam ini menaikkan seri pengantinnya. Amira yang cantik semulajadi ini bertambah cantik dengan solekan sebegini.

Majlis ini diawali dengan bacaan doa dan salam restu bersama ibu bapa Fattah. Sejurus selepas itu, rakan-rakan artis menghiburkan tetamu yang hadir dengan nyanyian yang mempesonakan. Antara yang membuat persembahan adalah Hael, Dayang Nurfaizah, Irfan Haris dan Wany Hasrita.
Jom tonton video di bawah :
@cikindah911 Cantiknyaaaaaa 🥹🥹🥹… Aduhhhhh… Speechless kejap.. #amiraothman #fattahamin #fattmira #SetulusTakdirFattahAmira
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Macam cartoon Frozen, segak dan cantik.. Cantik gila Amira malam ni.. tak puas tengok, tetap naik seri pengantinnya tu.. semoga bahagia till jannah.. “
” Dah macam patung barbie dah, punya segak. Mira macam orang turki dah haa.. cantiknya lah.. fattah pun handsome betul.. “
” Woww cantik sangat Amira macam princess snow.. makeup memang kena dengan Amira.. Alhamdulillah semoga bahagia hingga ke syurga.. Amin.. “
” Makeup Mira cantik weiii.. cantik suka tgok .mmg x jemu tgok even dh lama dorang nikah.. handsome nya abang long.. “
” Masha Allah cantik nya. Segak FA pakaian mcm ni, designer bagi All-out betul. baju simple tapi elegent.. “
” Sweetnya simbolik sangat majlis kali ni.. MasyaAllah sweet sgt n baju kalian simple yet elegance giteww… kakak suka la.. “
” Macam tokti makeup dia . lawa bethol makeup kali ni. apa2 pun smart baju fattah kat lengan tu.. “
Sama cantik sama padan, itu yang dapat digambarkan kepada pasangan Fattah dan Amira ini. Busana yang menarik perhatian dan tetap mengekalkan kesopanan. Apa-apa pun, semoga Fattah dan Amira dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan sampai ke akhir hayat dan dirahmati perkahwinannya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indah, ig Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

