Artis / Selebriti
” Wey kelakar Dariya ni. Ingatkan Jep dah lawak, anak dia double lawak.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Jep Sepahtu memberi sokongan kepada anaknya, Dariya Inara di hari sukan sekolah buat warganet terhibur. Semangat Jep bersorak, sekali salah orang lah. Part Dariya kenakan Jep buat bunyi muzik manual tu sumpah lawak. Pasrah abahnya, haha..
Hari sukan sekolah antara aktiviti tahunan yang dinanti-nantikan oleh ramai anak-anak dan juga ibu bapa. Peluang untuk menghadiri acara sekolah ini digunakan untuk ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak mereka agar lebih bersemangat untuk bersukan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep sedang bersorak untuk anak perempuannya, Dariya Inara. Namun sayangnya, Jep bersorak pada orang yang salah kerana itu bukan lah Dariya.
Dariya yang berdiri di belakang Jep menegur abahnya itu dan mengatakan abah tersilap orang. Jep dengan muka blur memandang Dariya. Jarang orang dapat mengenakan Jep tetapi kali ini, Dariya berjaya membuatkan abahnya itu terkedu dengan tindakan spontannya itu.

Dariya membuat bunyi muzik sedih secara manual sama seperti gelagat Jep dalam Sepahtu Reunion Live. Telatah lucu Dariya itu mencuit hati warganet. Boleh tahan kelakar Dariya, tentu terkena tempias kelakar abahnya itu. Redha sahaja wajah Jep apabila terkena seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hahahahahaha Dariya pun kelako ye macam Abah.. DARIYA kene jadi Cameo dlm sepahtu reunion live mesti meletop.. “
” Abahhh salah orang.. apee laaa abah ni haha.. Dariya buat bunyi manual haha.. lucu lah dariya.. abah terkena dengan dariya.. “
” Ke mana nya kuah kalau tak tumpah ke nasi hahaha ikut bapaknya lawak bunyi manual AHHAHAA.. “
” Abah tuu dah koyakkk tuu salah orang tapi lagi koyak dariya payung lagu manual tuu.. Dariya mewarisi kelako abah.. “
” Wey kelakar dariya ni. Boleh lak wat sound effect sendiri.. ingatkan Jep dah lawak, anak dia double lawak.. “
” Abah salah orang, comel je Dariya.. Dariya tiru gigi Tapan lah haha.. DAriya pun pandai buat lawak ye, kalah abahnya hehe.. “
” Abah ni pun, semangat betul semua orang disoraknya.. tersedak nasi aku dengar dariya buat bunyi manual tu haha.. “
” Over excited abahnya haha.. Dariya sama kelakar macam bapanya.. muka jep bila terkena dengan dariya tu lucu.. “
” Wei kecik kecik ada bakat jadi penghibur ni.. Dariya memang betul anak abah. bunyi manual tu mengekek aku ketawa.. alahai dariya.. “

Anak dengan ayah sama-sama pandai melawak. Kelakar melihat wajah Jep selepas terkena dengan Dariya itu. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Dariya boleh jadi pelapis abah suatu hari nanti. Apa-apa pun, semoga Dariya menjadi anak yang solehah untuk abah dan mama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen

