Connect with us

Artis / Selebriti

” Weh simple je majlis dorang, langsung tak heboh-heboh kan.. ” – Komen Netizen

Gambar-gambar throwback keluarga Fattah Amin datang merisik Amira Othman curi perhatian ramai. Wah, rupanya awal lagi Fattah pergi menyunting Amira. Penuh adat majlisnya, manis je Amira masa disarungkan cincin oleh ibu Fattah..

Meninjau di akaun TikTok milik cikindah911 dan imani_imtiyaz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan keluarga Fattah Amin hadir merisik penyanyi dan pelakon, Amira Othman. Menerusi video tersebut, Fattah segak mengenakan kemeja berlengan panjang berwarna putih.

Difahamkan, majlis merisik itu diadakan secara tertutup di kediaman ibu bapa Amira di Johor dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak lelaki serta perempuan. Kelihatan Amira begitu anggun mengenakan abaya berwarna putih ketika disarungkan cincin oleh ibu Fattah.

Perkongsian video berkenaan telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tidak menyangka yang majlis merisik tersebut sebenarnya telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu iaitu ketika Fattah dan Amira baru dilantik sebagai duta Jakel.

Bukan itu sahaja, para peminat turut kagum kerana hingga ke hari ini, rakan-rakan rapat pasangan tersebut bijak menyimpan rahsia tentang majlis merisik berkenaan. Sehingga kini, perkongsian mengenai majlis merisik Amira telah menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@cikindah911

Tatkla kita sebagai mnusia merancang tapi perancangn Allah adalah takdir dan rasa yang tersembunyi.. Urusan jodoh, ajal, maut, pertemuan semua Allah yang tentukan.. Hebat manusia merancang, hebat lagi DIA yang menyusun.. Bahagia terus fattmira dengan iringan semua yang menyayangi kalian ❤️💐 Crdt : mohddanialmadani #amiraothman #fattahamin #fattmira

♬ Forever and Ever and Always (The Softer Version) – Ryan Mack

@imani_imtiyaz

Majlis Merisik Fattah & Amira 💙🤍 credit TikTok TT ustaz Danial fattahamin amiraothman

♬ Cincin Pertunangan – Achmad Syaifudin Choil

Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video tersebut dan turut memberikan pelbagai kata-kata pujian. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan ialah:

” Weh simple je majlis dorang, langsung tak heboh-heboh kan.. Berseri2 betul wajah Kak Long.. Alhamdulillah selamat dah jadi suami isteri.. “

” Alhamdulillah time ni tiada gambar tersebar ye. circle dia memang bagus tak pecah rahsia.. Cincin yg mira pakai masa pickleball era tu. Kira betul la ya org dok mengusik cincin tunang. Mira malu sorok. hehe.. “

” Adoiii kita penat sengih2 dr Jakel rupanya dia dah bertunang.. Tak baik rahang kami sehingga kini tak pulih lagi ni, hehee.. “

” Tak sangka instinct saya betul masa bulan 2 ada mjlis antara family iaitu merisik.. Fans2 yg mgikuti drang dari bulan 12 mmg dh boleh agk tp taknk la pndai2 reka crita kiranya YTJT ja la.. “

” Dah agak gmbr yg k.long post pakai baju putih atas tangga.. Ni mesti majlis merisik/ bertunang.. Alhamdulillah akhirnya fattah dan Amira menjadi suami isteri yg sah.. “

” Cantik btul kk long time dirisik.. Tapi kita nitizen tak penah slh,  kita teka mereka bertunang time tu, sbb semua family kk long balik kg n kbtule kk long pakai bju putih…”

” Tererlah semua orang keliling diorang simpan rahsia, tapi netizen pun terer teka betullah tekaan kita kaklong pakai cincin baru haritu.. “

Ringkas sahaja majlis merisik Amira, namun suasananya tetap kelihatan meriah. Wajah Amira juga tampak berseri-seri ketika cincin disarungkan ke jari manisnya. Apa-apa pun, Fattah dan Amira kini telah selamat bergelar suami isteri pada bulan September lalu. Semoga rumah tangga pasangan ini kekal bahagia dan berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok cikindah911, imani_imtiyaz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Shampoo Treatment Jungle Girl
Skintific Skincare

Trending

Copyright © Berita Kopak