Artis / Selebriti
” Wah semakin berani. Tak ada berselindung dah, tahun ni jugak, confirm.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video rakaman secara diam-diam gelagat Fattah Amin, perkongsian Amira Othman buat warganet tersenyum. Wah Kak Long bagi vitamin kali ni. Lagu tu memang mendalam betul maksudnya. Official lah ni kan Kak Long..
Gosip hubungan cinta antara Fattah Amin dan Amira Othman mula diperkatakan sejak mereka digandingkan bersama. Pasangan ini dikatakan sangat sepadan dan serasi apabila bersama dan ramai yang merestui hubungan mereka termasuk lah rakan-rakan selebriti yang lain.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Amira Othman, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan Amira merakamkan aksi Fattah secara diam-diam. Fattah yang mengenakan baju berwarna biru kelihatan sedang berbual bersama beberapa orang menerusi video yang dirakamkan.
Apa yang mencuri tumpuan warganet adalah lagu latar yang Amira gunakan untuk video itu. Lagu berjudul Jatuh Cinta Lagi dendangan Nadhif Basalamah digunakan sebagai muzik latar seakan-akan menggambarkan perasaannya terhadap Fattah. Lirik lagu ini romantis terutamanya pada part ‘ kurasa ku jatuh cinta, jatuh cinta lagi’.

Tidak dapat dipastikan sama ada Amira tertekan dan tidak sengaja memuatnaik video ini. Namun daripada pihak warganet, ramai yang menyenanginya. Ramai yang mula mengusik Amira di ruangan komen dan mendakwa ini mungkin hint dan pengakuan yang Fattah dan Amira sah sedang bercinta dan menuju hari bahagia.
Jom tonton video di bawah :
@amiraothmanofficial
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Takpa guyss kita buat buat tak faham je laaa ekk hehe. Kak Ya, ni bukan close friends tau.. ni bukan save to draft haha.. “
” Nervous sikit. First time merasa dlm close friends artis.. semua restu ni.. tak de selindung dah, tahun ni jugak, confirm.. “
” Dengan ini kaklong dan bglong dilucutkan jawatan sebagai ‘rakan sekerja’ neyy.. teman serumah, rakan sehidup semati, Insya Allah.. “
” Kak long.. Sempat lagi nak delete niii kalau TERTEKAN.. Harapnya tidakkkk la ye hehe.. risau esok kaklong pun terkejut, bangun ii rupanya terpost.. “
” Wah semakin berani.. Perempuan kalau dia berani post gini dkt acc sendiri means ade pape la tu.. eleh kak ya ni bukan status wassap tau hehe.. “
” Okay ini level 10 dah kan? Ke macam mana ni eh.. Aku sampai check lah real acc amira atau acc fans. hahahaha maka dengan itu tido pun jdi blushing.. “
” Lagu bukan main eh.. kurasakuuu jatuh cintaaa… jatuhh cintaaa lagiii… neyyyyyy.. time sebut jatuh cinta tu. kena dengan slowmooo bamtahh senyum.. “
” Lain macam dah lagu dia… tak ada nak sorok² lagi… Ni boleh kira declare officially lah kan… kami semua happy kalau ini akan jadi kenyataan… semoga dipermudahkan urusan untuk melangkah ke fasa seterusnya… Aamiin.. “
Video Amira ini membuatkan peminat FattMira tersenyum sendiri dan mula berkira-kira majlis pasangan ini bakal berlangsung tidak lama lagi. Besar harapan warganet untuk melihat pasangan sama cantik sama padan ini ke jinjang pelamin. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

