Artis / Selebriti
” Uniknya kek kahwin Fattah Mira ni. Kek kahwin paling gempak.. ” – Komen Netizen
Video upacara memotong kek Amira Othman dan Fattah Amin di majlis resepsi semalam curi perhatian ramai. Wah tinggi betul kek kahwin yang Fattah sediakan untuk Amira. Special sempena ulangtahun kelahiran isteri syurga. Sampai tenggelam Fattah, tinggi sangat keknya..
Majlis resepsi terakhir Fattah Amin dan Amira Othman yang berlangsung semalam masih menjadi perbualan warganet. Pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis yang indah dan penuh kemeriahan ditambah pula dengan kehadiran saudara mara, sahabat handai dan rakan artis.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Xtra dan Imani Imtiyaz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan upacara memotong kek kahwin oleh Fattah dan Amira. Ianya mencuri perhatian warganet kerana dekorasi kek yang ditempah khas oleh Fattah itu.
Bukan kek biasa-biasa, kek berwarna putih ini yang setinggi 6 tingkat juga bersempena ulangtahun kelahiran Amira yang jatuh pada hari resepsi mereka. Dekorasi kek tersebut cukup simple tetapi unik dan ianya meraih pujian daripada warganet yang menonton video ini.

Ketika Fattah dan Amira berdiri di hadapan kek tersebut, ketinggian kek tersebut melebihi tinggi Fattah dan ianya membuatkan Fattah terselindung di sebalik kek apabila videonya dirakamkan dari sudut hadapan. Romantik namun tetap mengekalkan kesopanan ketika melihat pasangan pengantin ini saling menyuap kek.
Jom tonton video di bawah :
@xtra_my Wah kek malam ni enam tingkat ye memandangkan hari ni pun hari jadi Amira sekali dengan pakej nyanyian istimewa daripada Aina Abdul, memang wow!😍 #fyp #xtra #setulustakdirfattahamira #fattahamin #amiraothman 📹: unifiyourworld
@imani_imtiyaz Majlis Resepsi Fattah & Amira 💙🤍 26 Oktober 2025 #setulustakdirFattahAmira #fattahamin #amiraothman Credit video to maam nurulsyaheera
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ini namanya memang rezeki dan jodoh mereka berdua dapat raikan tahun ini, nikah dan majlis sanding jatuh pada hari jadi masing masing. Bukan senang tau tunggu Bday jatuh hari Sabtu/ Ahad, dengan jodoh sampai, pada tahun sama.. “
” Bila aina nyanyi lagu ni mcm kena lak dgn Tema kawin Fatah Mira.. merdu suaranya.. sy bg 5 ha.. sy mau kan yg lebih baik untuk persembahan mgu dpn.. “
” Pelamin cantik betul, pengantin pun lawa ya amat. kek dia lagi super wow, 6 tingkat terus weh.. masya Allah wedding of the year.. “
” Cantiknya kek kahwin Amira, bapak tinggi sampai tenggelam terus Fattah. Fattah dah macam main hide and seek pulak belakang kek tu hehe.. “
” Uniknya kek kahwin fattah mira ni.. pelamin pun cantik.. diorang tak ada pun nak nampak jadi terpaling wedding of the year.. simple je.. “
” Wowwww Fattah so dashing.. Amira looking extremely gorgeous gal… Beautiful Couple Moga berkekalan hingga ke Jannah.. “
” Kek kahwin paling gempak ni.. cake hadiah Dari Habibi Fattah Amin utk Amira Othman.. sayang pulak nak potong kek bila dah cantik macam ni.. tinggi kalah Fattah.. “
Antara kek kahwin yang cantik dan unik rekaannya yang mencuri perhatian. 6 tingkat kek sehinggakan Fattah sendiri tenggelam di sebalik kek tersebut. Apa-apa pun, tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis resepsi Fattah dan Amira semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Xtra, Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

