Artis / Selebriti
” Tu lah YB, banyak sangat tanya kan dah kena balik. Terus blushing, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq terkedu mendengar jawapan Bella Astillah yang tidak diduga ketika sedang live buat ramai terhibur. Haa tu lah YB, bertubi-tubi bagi soalan kat Bella. Kan dah kena, hehe..
Semakin banyak founder produk dan syarikat yang memilih Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sebagai duta dan jurucakap untuk produk mereka. Selepas Primavalet dan Dolcea, pasangan sensasi BASS ini muncul pula menerusi sesi live produk berasaskan minuman, Tealive untuk mempromosikan produk tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Titkok Bassforever1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live yang berlangsung sehari sebelum sambutan hari raya Aidiladha itu. Sambil mempromosikan perisa-perisa baru yang dikeluarkan oleh Tealive, banyak yang dibualkan secara santai oleh pasangan ini.
Menerusi video perkongsian ini, Bella memberitahu kepada umum dia seorang yang memerlukan lips balm dalam kehidupan sehariannya. Ini kerana bibir Bella cepat kering. YB Saddiq seperti selalu, setiap isu pasti akan diajukan pelbagai soalan untuk mendapatkan jawapan yang tepat.

Dek kerana soalan YB Saddiq yang bertalu-talu bertanyakan ‘ kenapa ‘ untuk setiap jawapan Bella, Bella menggunakan trick untuk membuatkan YB Saddiq berhenti menyoal. Terkedu dan berubah ekpresi wajah YB Saddiq mendengar jawapan Bella.
Jom tonton video di bawah :
@bassforever1
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 95 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bella tahu tu je cara nak bagi dia distract dia dari tanya banyak banyak haha.. kena setepek baru diam, Situ je yg speechless.. “
” Tu lah yb byk sgt tya.. kan dah kena balik terus blushing haha. good job bella….. terdiam terus YB ya.. bella je yang boleh kalahkan yb.. “
” Pintar sungguh Bella ni jawab spontan. Terdiam YB.. Lpa bwa air sbb asyik ingt u je …. Bella jwb trus hbis soalan YB.. “
” Tu je caranya utk bg YB terdiam.. kenapa, kenapa, kenapa, last2 kena pick up line.. terus hilang kenapa selamanya.. “
” Yang sorang banyak soal, yang sorang pandai menjawab. tak menang la ko sadiq.. dalam parlimen boleh memang, luar parlimen terdiam yb kita.. “
” Bella ja tahu mcm mana nak stop soalan yb.. bella bijak patahkan hujah daripada YB.. memang gelak setiap kali dengar jawapan Bella, terkedu YB haha.. “
” Soalan berantai YB, kenapa kenapa kenapa.. Bella berjaya diamkan pendebat terhebat dunia dgn begitu je Tau. hebat Bella.. jawapan spontan tanpa fikir.. “
Terhibur warganet melihat reaksi wajah YB Saddiq yang terdiam setelah mendengar jawapan spontan daripada Bella. Itu lah YB Saddiq, banyak betul soalan berantai ditanyanya. Sekali Bella patahkan persoalan YB dengan satu jawapan paling mudah tetapi membuatkan YB Saddiq tersipu malu. Terbaik lah Bella, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

