Artis / Selebriti
” Tengok rambut, teringat zaman Inspektor Mazlan.. ” – Netizen
Dato’ AC Mizal Kongsi Gambar Anak Terunanya, Reeve Damian Raih Perhatian Netizen. Amboi Bukan Main Tinggi Dan Kacak Lagi ‘ Oppa ‘ Malaysia Ni Ya, Part Rambut Tu Saling Tak Tumpah Dato’ AC Masa Muda !!
Dato’ AC Mizal sememangnya terkenal dengan bakat pengacaraan dan nyanyian yang dimilikinya. Menjadi antara nama tersohor dalam bidang pengacaraan, pastinya masa banyak dikhususkan untuk memenuhi tuntutan kerja. Namun, dalam kesibukan Dato’ AC masih punya masa bersama keluarga.
Dato’ AC sememangnya rapat dengan anak-anak tersayang. Sering dikongsikan gambar dan video tentang anaknya Muhammad Reeve Damian dan Fea Eryssa di akaun Instagramnya. Cepatnya masa berlalu, dah besar Reeve dan Eryssa. Kini kedua-duanya telah meningkat remaja.
Baru-baru ini, Dato’ AC juga ada berkongsi gambar anaknya, Reeve yang semakin tinggi lebih kurang tinggi Dato’ AC. Dalam kapsyen di akaun Instagramnya, Dato’ AC menyatakan tak sedar Reeve sudah besar, sedar-sedar dah nak sama tinggi dengan dirinya.

Bukan main segak bergaya lagi Reeve ya, tak ubah persis Dato’ AC masa muda. Ketinggian juga mengikut Dato’ AC. Mesti ramai yang terpikat dengan wajah kacak yang diwarisi oleh bapa dan ibunya, Datin Emylia Rosnaida ini. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ikuti perkongsian Dato’ AC di bawah :
Perkongsian Dato’AC mendapat pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata memuji kekacakan Reeve. Antara komen-komen netizen :
” Oppa Malaysia.. Tengok rmbut, tringt zmn Ins. Mazlan.. “
” Kurang lebih sama muka dato’ masa belakon “ gerak khas the movie ” lah dato’.. hahaha awesome lah.. best sngat lah movie tu haha.. “
” Letop oppa reeve.. Tomok ke Dato.. “
” Sekarang tinggi dia dh cecah berapa cm dato’.. “

Wahh dah besar rupanya anak teruna Dato’AC. Dah tak lama nak dapat menantu ni. Semoga Reeve menjadi anak yang baik, soleh dan penyejuk mata buat Dato’ AC dan Datin Emylia. Semoga keluarga ini senantiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. Amin.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Emyliadac
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan.
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

