Artis / Selebriti
” Syukur Alhamdulillah, isteri saya telah pun selamat melahirkan bayi perempuan.. ” – Fizo Omar
Fizo Omar Kongsi Berita Gembira Isteri Selamat Bersalin Anak Ketiganya. Wah Beruntung Abe Joe Kali Ni, Pengalaman Yang Tak Semua Suami Berpeluang Lalui. Yeay Cik Yam Dan Khaleeda Dapat Adik, Tahniah Abe Joe Dan Fazeera !!
Fizo Omar dan isterinya, Fazeera Nazri ada memaklumkan di media sosial mereka siang tadi yang Fazeera akan melalui proses bersalin anak kedua mereka hari ini. Fizo memohon doa daripada semua followers agar segala urusan Fazeera untuk melahirkan dipermudahkan.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Fizo Omar, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Fizo dan Fazeera. Fizo memberitahu berita gembira mengenai Fazeera selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.07 kg pada jam 5.57 petang tadi.
Fizo turut menzahirkan rasa syukurnya kerana proses bersalin kali ini hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room dan Fazeera melahirkan bayi mereka secara normal. Kali ini, Fizo mendapat pengalaman baru yang sangat berharga buat dirinya.

Fizo diberi peluang untuk menyambut sendiri kelahiran cahayamatanya ini. Wah memang pengalaman berharga, bukan semua orang dapat peluang menyambut bayi sebegini. Melihat proses bersalin itu perkara biasa tetapi dapat menyambut bayi itu memang rezeki.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Fizo ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah and selamat berpantang bro hehe. Dapat bunga lagi, makin meriah rumah ni dengan para bunga.. ”
” Alhamdulillah tahniah, selamat berpantang buat Fazeera. Fizo ada 3 kiddos sekarang. rezeki ramai princess.. ”
” Alhamdulillah tahniah fizo dan wife atas kelahiran baby baru. Seronok lah cik yam dapat adik lagi.. ”
” Tahniah Fizo dan Fazeera, welcome baby girl.. Alhamdulillah syukur semoga sihat selalu ya.. lepas bersalin pun cantik fazeera ni.. ”
” Alhamdulillah cik yam dah ada ramai kawan bermain yahoo.. Tahniah Fizo dan isteri, selamat berpantang.. ”
” Tahniah, Alhamdulillah bertambah seorang lagi puterinya. Semoga menjadi anak yang solehah aaminn.. ”
” Tahniah Fizo dan Fazeera, gegirl kuasa 3 hehe.. Ni betul-betul last mengidam shellout tu kan bersalin terus.. ”
” Dia baru habis pen4t meneran pun masih senyum.. such an inspiration. cantik lagi tu.. Syoknya dapat sambut baby sendiri.. ”

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, anak dan ibu kedua-duanya selamat. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Fizo dan Fazeera atas kelahiran baby girl ini. Selamat berpantang Fazeera dan semoga cepat sembuh. Abe Joe pun selamat ‘berpantang’ juga yer, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fizo Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen

