Connect with us

Artis / Selebriti

” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen

Video YB Syed Saddiq kantoi panggil Bella dengan panggilan ‘Sayang’ ketika live di France buat peminat BASS teruja. Tersenyum je Mama YB tengok. Ayden pun panggil YB ‘Papa’ lah, sweet sangat..

Sebagaimana yang diketahui ramai, YB Syed Saddiq kini berada di France untuk menyertai Ironman World Championship yang akan bermula pada 14 September 2025. YB Saddiq tidak keseorangan kerana turut ditemani oleh kedua ibu bapanya, Bella Astillah dan anak-anak serta kedua ibu bapa Bella.

Selain untuk menyokong YB Saddiq, mereka juga menggunakan kesempatan itu untuk menyempurnakan tugasan untuk Primavalet. Banyak moment yang dirakamkan oleh PA YB Saddiq, Jack dan wakil Primavalet sepanjang mereka berada di sana.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Azzarina, telah dikongsikan satu video yang memaparkan YB Saddiq, Bella, Ayden, Mama dan Abuya menyertai perarakan sempena Ironman ini bersama semua peserta dari pelbagai negara. Mereka memeriksa nama YB Saddiq di papan yang tertera semua nama peserta Ironman untuk competition kali ini.

Menerusi video ini, dapat didengar dengan jelaa YB Sadiiq memanggil Bella dengan gelaran ‘Sayang’. Ayden pula secara jelas memanggil YB Saddiq sebagai Papa dan ianya cukup menggembirakan hati warganet. Untuk makluman, Ayden juga bakal bertanding pada hari ini Jumaat untuk Ironkid.

Jom tonton video di bawah :

@azzarinanorani

@Bella Astillah @Syed Saddiq #bellaastillah #syedsaddiq #BASS #reposted_video #fypppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Azzarina 🎀🎀 – Azzarina 🎀🎀

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Happy tengok diorang semua ada bersama sekali anak dan parents.. yb dengan tersasulnya sayang, ayden clear panggil papa, ahh aku yang bergolek-golek bahagia ni.. “

” Papa do i need to register, ahh aku tak pekak lagi ni kan hehe. bella suruh panggil uncle pun dh tak dpt nk cover lagi.. mgkin off camera mmg panggil papa.. “

” Last last Ayden pun sama tersasul macam papa saddiq dia.. fuh ayden pun join competition ironkid.. wow next level ayden.. “

” Lembut je yb panggil Bella sayang tu. buat muka selamba je yb lepas tu. wah ayden panggil ss papa dah eh.. bnyk kali tenyeh telinga kot aku xbpe dngr.rupe nye btul la that words yb pnggil bella.. suwit.. “

” Senyum je mama tengok YB Saddiq panggil Bella sayang. Ayden pun bukan main manja dengan yb, panggil papa tu aku lak yang senyum lebar.. mama abuya pun manja dengan ayden ara.. “

” Saya letak hp dekat telinga nak dengar betul ke tidak. yb cer ulang sekali lg bg jelas skit.. 2,3 x aku repeat dgr ‘sayang’ ..ntah2 drg nie nikah masa bday YB nnti bln 12.. ayden pun paling bahagia panggil papa tu.. “

” Yesss akhirnya ada jgk video YB trpnggil bella sayang… owwww… aku nk berguling2 nih. terharunya bila Mama YB sambut Ayden dgn “WOW” sambil pegang bahu Ayden. Ayden pula panggil papa, inspirasi terbesar untuk ironkid papa saddiq dia.. “

Bahagia pencinta BASS mendengar YB Saddiq memanggil Bella dengan gelaran ‘Sayang’. Ayden juga tidak kekok menggelarkan YB Saddiq sebagai Papa. Ironkid dan Ironman, dua-dua pasti akan melakukan yang terbaik untuk family tersayang yang setia memberikan sokongan. Good luck YB Saddiq dan Ayden.

Silakan SHARE..

Sumber : , Tiktok Azzarina, IG Basscontent, IG Jennifer 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaru Jungle Girl
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak