Artis / Selebriti
” Sejujurnya, saya masih dibelenggu ketakutan.. ” – Aliff Aziz
Respon Aliff Aziz ketika ditanya mengenai hubungan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq serta anak-anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna raih perhatian warganet. Jawapan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh orang ramai, akhirnya Aliff bersuara juga..
Sejak perpisahan antara Aliff Aziz dan mantan isterinya, Bella Astillah terjadi pada tahun lalu, Aliff seakan menyepi dari dunia hiburan dan kembali menetap bersama keluarganya di Singapura. Baru-baru ini, Aliff dikejar oleh pihak wartawan kerana inginkan kepastian mengenai posting ibunya sempena ulangtahun kelahiran Ayden dan Ara.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Berita Harian, telah dikongsikan satu artikel mengenai respon Aliff apabila diajukan soalan mengenai hubungan Bella dan YB Syed Saddiq. Umum mengetahui, hubungan Bella dan YB Saddiq sangat rapat dan digosipkan sedang bercinta.
Menjawab soalan kepada Berita Minggu (BM) Singapura, Aliff menyatakan dia suka melihat Bella yang sudah move on dan ada kehidupan yang lebih ceria sekarang. Bagi Aliff, dia sudah berdamai dengan takdir dan reda dengan semua yang terjadi dalam hidupnya itu.

Aliff turut mendoakan kebahagiaan untuk Bella dan YB Saddiq. Aliff turut meluahkan rasa rindunya terhadap Ayden dan Ara. Perpisahan yang terjadi antara mereka membuatkan Aliff tidak dapat bertemu kedua anaknya ini, namun Aliff selalu mendoakan yang terbaik untuk Ayden dan Ara.
Jom baca perkongsian di bawah :
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yagng diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Keep moving forward. Strive to be the best version of yourself and a better father for your children.. “
” Terbaik Aliff. Semoga dipermudahkan segalanya yg Aliff impikan menjadi kenyataan. Nmpk disini Aliff cuba menahan kesedihan. Walaupun dicemuh disana sini, mudah2an Aliff tabah dn sabar. In Shaa Allah akan dpt bertemu dgn anak2 bila ada kesempatan.. “
” Bella tidak lah sekejam utk menjauhkan antara ayah dn anak2.. Cuma hanya memerlukan masa… Semoga yg baik2, Saya mendoakan.. “
” Perjalanan hidup kita semua dah diatur Kan Allah SWT doakanyang baik2 Semoga kita semua diberikan pengakhiran yang husnol kotimah.. “
” You may have fail as a husband but you cannot fail as a father. Hope u get back on yr feet, btul2 berubah ke arah kebaikkan. Ignore those tomahan2 kata2 keji. U answer only to Allah.. “
” Insyallah.. sama2 Kita doa Kan.. Apa apa pun, semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat insan yg bernama alif aziz ni. You cant change the past, but you can be a better version of yourself in this presence and future.. “
” Fail as a husband still ok. Titik noktah jodoh dah sampai. Tapi you are forever the father of ara dan ayden. So be a responsible father.. “
Yang berlalu sudah pun berlaku, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata buruk padahnya. Aliff telah pun mendapat iktibar dari semua yang terjadi. Semoga masa akan merubah segala-galanya dan memberikan Aliff kehidupan yang lebih baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Beritahariansg
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

