Artis / Selebriti
” Sebijik betul macam bapak dia masa muda-muda.. ” – Komen Netizen
Gambar Saiful Apek dan isteri terima menantu baru raih perhatian ramai. Wajah anak Apek curi perhatian ramai. Wah sebijik macam muka Apek masa muda. Sekali pandang, ingat itu Apek..
Menerusi akaun Instagram Rotikaya, perkongsian beberapa keping gambar yang memaparkan Saiful Apek telah menerima menantu baru-baru ini. Anak lelaki Apek telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihan hatinya. Sama cantik dan sama padan.
Momen bahagia ini pastinya menambahkan lagi seri dalam kehidupan keluarga mereka. Apa yang lebih mencuri perhatian ramai ialah wajah anak lelaki Apek yang dikatakan “copy ori” wajah Apek ketika muda. Saling tak tumpah wajah Apek.
Ramai peminat bersetuju bahawa raut wajah, senyuman dan gaya anaknya benar-benar mengingatkan kita kepada Apek pada zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan. Namun begitu anak Apek ini tidak menceburi bidang seni.

Perkongsian gambar-gambar ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selain itu, ada netizen menyatakan wajah menantu Apek seiras dengan wajah penyanyi iaitu Iman Troye.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat Apek kerana menerima menantu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Anak bapak serupa seiras…Selamat Pengantin baru… ehhh fakirrr mne kau pergi lama tk nampak, kotak yng aku mntk dh dapt ke.. “
” Sama betul rupanyaa hehe, Alhamdulillah, congrats both of you! waaa tahniah anak apek ghopenya apek junior la eh.. “
” Dalam diam Saiful Apek dah bermenantu.. tahniah.. Omg sebijik muka anak dgn muka apek.. Btw anak dia lawak tk mcm apek? “
” Mmg gen kuat apek ni.. wife die mcm iman troy.. photostat copy ori berwarna.. First time tengok anak bini apek, kalau anak dia tak kahwin tah pernah muka diorang.. “
” Mana 1 Apek haha! Tahniah.. First time nampak bini n anak abg Apek .. selama ni ingatkan dia duda .. apepun tahniah.. “
” Sebijik btl mcm bapak dia masa muda2.. wajah ikut Apek .. Rambut panjang paras bahu pulak .. at least bapak mertua dia saiful apek.. “
” Yg ni baru sebijik muka Apek.. jgn menantu dia tertukor mana laki mana pk mtua.. Sejibik betul muka anak Apek.. Sama mmg peminat saiful Apek, baru pertama kali saya tengok family dia.. “
Semoga ikatan kekeluargaan yang semakin besar ini terus diberkati, dan semoga pasangan mempelai menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia, penuh kasih sayang serta rezeki yang melimpah. Sekali lagi tahniah buat Saiful Apek sekeluarga atas pertambahan ahli keluarga. Semoga kebahagiaan ini terus berkekalan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rotikaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

