Artis / Selebriti
” Sebak pula dengar apa yang Tok Red cakap tu.. ” – Komen Netizen

Video pesanan ikhlas Dato’ Red kepada Adira buat ramai tersentuh. Tinggi betul harapan Dato’ Red kepada Adira, semoga baik-baik sahaja untuk Dato’ Red dan Adira..
Umum mengetahui yang Adira dan Dato’ Red telah pun berpisah pada tahun lalu. Meskipun sudah tidak lagi bergelar pasangan suami isteri, Adira dan Dato’ Red masih mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat serta mereka bersama-sama bergilir-gilir menjaga anak-anak.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok shortytclipnew, telah dikongsikan video temubual bersama Dato’ Red. Antara topik yang dibicarakan adalah kisah Dato’ Red dahulu. Namun apa yang menarik adalah Dato’ Red ada memberikan pesanan ikhlas untuk Adira.
Kata Dato’ Red, andai ada rezeki, dia akan bersatu kembali dengan Adira. Andai rezeki jodoh mereka tiada, Dato’ Red tetap mendoakan semoga Adira akan bertemu jodoh yang baik-baik untuk dirinya. Selain itu, menerusi video lain, Dato’ Red meluahkan rasa gembira kerana dapat beraya di kampung halaman Adira.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan yang Dato’ Red sangat menyayangi Adira dan turut mendoakan agar Dato’ Red akan berjodohan kembali dengan Adira. Sehingga kini, video temubual Dato’ Red itu telah ditonton lebih 120 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@shortytclipnew Pesanan ikhlas Dato Red kepada Adira dolpodcast Datored adira bankruptcy
@shortytclipnew Alhamdullilah Adira ajak Dato Red untuk beraya di kampung dolpodcast Datored adira bankruptcy
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sebak pula dengar apa yang Tok Red cakap tu.. Nampak lah Tok Red ni sangat sayang dengan Adira.. Moga mereka ada jodoh kembali lah.. “
” Insyallah… Saya doakan moga dtuk dan adir kembali suaim istri. Moga bhgi hingga akhir ayat bersama anak2 tersayang, amin.. “
” Di hati tok ted cuma ada adira sja.Semoga bersatu semula dengan Adira.. Moga kehbgiaan selalu ada bersama datuk dan Adira aamiinn.. “
” Insyaallah Tok, kalau dah jodoh tu pasti tak kan ke mana.. Moga andai ada jodoh kembali, sama-sama lah menjaga hubungan dengan baik.. “
” Betul lah tu apa yang Dato cakap, Adira muda lagi.. Andai tak ada jodoh, doakan sahaja Adira dapat pengganti yang baik2 untuk dia.. “
” Dato Red ni memang kelakar, tapi bila dia cakap mcm tu untuk Ami, rasa sedih pula.. Insyaallah Dato, ada lah tu jdoh Dato dgn Ami.. “
” Mesti Adira ni byk tolong Dato’ Red, kalau tak Dato’ Red tak ckp mcm ni.. Ye lah tahu Dato sbelum ni ada isteri dua.. Mgkin dia lagi selesa dgn Adira.. “
Nampak apa yang dikatakan oleh Dato’ Red itu tulus daripada hatinya. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Dato’ Red dan Adira. Semoga jodoh antara mereka berdua akan kembali ada dan selepas itu mereka akan hidup bahagia bersama selamanya, InsyaAllah.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok shortytclipnew, IG adira.suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sebak suara YB cerita pasal Ayden. Dia punya sebak dan risau tu macam anak dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedap suara Kak long bawa lagu Rossa, sampaikan Rossa pun puji tak henti-henti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Not mama, mommy, daddy, dadda but TALITA first word Royal Abraham.. ” – Raja Ilya
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bella tak boleh berlakon dengan saya.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” YB jawab macam jawab soalan Parlimen. Jawapan orang bijak dan matang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Habis lah kau Oddah, mak kau dah start dah enjin dia, haha.. ” – Komen Netizen