Artis / Selebriti
” Saya nak ucapkan minta maaf pada kakitangan Astro.. ” – Ammar Ahyan
Video Ammar Ahyan tiba-tiba berdiri dan memohon maaf kepada pihak Astro ketika mengendalikan program Postmortem Talk To My Manager. Alamak kenapa tu Amayan, Dato’ Aliff Syukri pulak yang kelam kabut dibuatnya..
Sudah tiga minggu program Postmortem Talk To My Manager telah berlangsung yang dihoskan oleh Dato’ Seri Aliff Syukri bersama anaknya, Ammar Ahyan. Dalam program ini hos akan menemubual manager atau juri sambil mengulas semula persembahan para peserta pada minggu tersebut.
Namun pada episod minggu ini sesuatu yang tidak disangkakan telah berlaku. Ammar tiba-tiba bangun dan memohon maaf kepada pihak Astro kerana merasakan dirinya tidak berjaya menjadi seorang pengacara yang terbaik dalam program ini.
Reaksi Ammar ini menghiburkan ditambah pula dengan respon Dato’ Seri Aliff yang sempat lagi meminta Ammar menyanyikan sebuah lagu. Dalam keadaan tersebut, Ammar tetap melayan juga permintaan bapanya itu walaupun hanya sempat menyanyi sebaris ayat sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ratus dan tujuh ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tidak mustahil jika suatu masa nanti Ammar akan menjadi seorang hos yang penuh gaya apabila sudah biasa nanti.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Lepas ni bg ammar ahyan dgn datin plak. Mgkin lebih tenang dari dia dgn dato alif syukri.. next tolong ces dengan amar.. “
” Lurus betul bdk amayan nih. solehnya amayan niiii. Better bagi ces ngn dato aliff jela tk ade gaduh2 mcm nie lagi atau pon bgi anak haji nabil.. “
” Kcik2 dh gentle kau dikk.. Kemunculan Ammayan dah naikkan rating astro ria.. tinggi mayan ni,,ingat kan pendek.. “
” Aku sorg je ke yg nampak ammar ahyan ni gaya mcm khairul aming.. over bapak dia..lawak. pak dia ad bakat JD host.. “
” Kadang kesian dia ni dijadikan bahan lawak org… kita mmg tahu personality dia mmg cmtu tp mcm tak patut lah biar jela papa nye yg jadi host.. “
” Dato bg peluang Ammar sampaikan mesej jgn potong atau down kn Ammar be PRO. ayh dia tetp mtk mf dg ank dia.. bgus… ank dia gental btl.. “
” Haha papa dia mcm mesin gun Amayan tenang je Ohyaa.. Nasib la scripted je amayann.. Bapak yer excited nawww.. Huhu.. “
Kehadiran Ammar selaku hos dilihat mampu memberi warna baharu dengan gaya penyampaian yang bersahaja dan selamba. Jika diasah dengan lebih konsisten, tidak mustahil Ammar Ahyan akan menjadi wajah baharu yang digemari ramai dalam dunia pengacaraan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro gempak, hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen


