Artis / Selebriti
” Sallman sebijik suara SS, Hadie aura tersendiri. Jadi makin best lagu Muhasabah Cinta.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie dan adiknya, Sallman Elkhoyri menyanyi di sebuah majlis khas raih pujian ramai. Mendayu-dayu suara Hadie dan Sallman, saling melengkapi. Part Hadie menyanyi solo lagu Muhasabah Cinta tu best sangat, menusuk sampai ke hati..
Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itu peribahasa yang sesuai untuk diberikan kepada adik beradik, Hadie Elfardie dan Sallman Elkhoyri. Sekali pun Hadie tidak berjaya memenangi gelaran juara dalam program Talk To My Manager, namun bintangnya semakin bersinar di luar.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok About Hadie, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hadie dan Sallman di sebuah majlis khas. Video ini diambil dari sesi live yang dirakamkan oleh ayah tiri Hadie yang berada di meja tetamu.
Hadie memulakan nyanyian secara solo dan untuk majlis ini, lagu Muhasabah Cinta dendangan asal Anisa Rahman didendangkan dengan cukup baik. Nyanyian Hadie dipuji oleh warganet dan vokalnya semakin hari semakin mantap dan merdu. Lagu wanita tetapi dibawakan dengan versi Hadie yang tersendiri.

Selepas itu, Sallman pula naik ke pentas dan mereka berdua berpadu suara menghiburkan semua tetamu dengan lagu popular arwah ayah mereka, Kias Cinta. Suara Sallman juga merdu sama seperti Hadie. Ramai yang mengatakan suara Sallman saling tak tumpah seperti suara arwah Suhaimi.
Jom tonton video di bawah :
@about.hadie Muhasabah Cinta by Hadie vid ni untuk sesiapa yang terlepas live daddy tadi @ADI? @Hadie FC #hadie #inanaimxhadie #suhaimisaad
@about.hadie Kias Cinta by Hadie & Sallman @ADI? @manmenmonnn #hadie #sallmanelkhoyri #inanaim #suhaimisaad
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah lagu Muhasabah Cinta nyanyian oleh Hadie sedap sangat dengar. Suara Hadie sesuai betul lagu-lagu macam ni.. “
” Sedapnya suara Hadie.. Lagu favourite sedap Hadie bawak. Jadi makin best lagu ni bila Hadie yang nyanyikan.. versi Hadie tersendiri.. “
” Sedapnya suara Hadie ni, merdu bak buluh perindu gitu.. Sedap Hadie bawa lagu muhasabah cinta ni. Semoga rezeki terus melimpah dan kekal humble.. “
” Sallman sebijik suara SS, Hadie aura tersendiri.. mereka berdua sesuai lagu2 sebegini. harap terus berjaya , jgn hanyut dgn ujian dlm dunia hiburan. kekalkan jati diri.. “
” Suara SS nyanyi dulu awal tu, sebijik macam suara Sallman.. Trio arwah SS, Hadie dan Sallman.. semua suara sedap sedap.. “
” Mantap.. moga menjadi pelapis utk nyanyian lagu² nasyid tanahair yang kian tandus dengan lagu,² dakwah sebegini.. “
” Legasi SS.. Lagu arwah ayah Hadie dan Sallman memang terbaik dan tak jemu didengar.. sedap korang bawak lagu ni.. “
” Dua-dua sedap suara hadie dan sallman.. semoga dilimpahi rezeki melimpah ruah kedua dua abang dan adik.. Gandingan yang mantap dan vokal terbaik.. Hadie dan salman Lagu kias cinta.. “
Merdu dan tidak jemu didengar suara Hadie dan Sallman. Suara emas yang mengubati kerinduan peminat terhadap arwah ayah mereka. Semoga rezeki Hadie dan Sallman melimpah ruah selalu dan meneruskan legasi Suhaimi Saad. Terus maju jaya dan melangkah ke hadapan demi masa depan yang cerah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok About Hadie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti5 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rasa nak nangis pulak dengar ucapan Mama YB.. ” – Komen Netizen

