Artis / Selebriti
” Rosak sistem dia ni, siap boleh record sambil senyum lagi. Kalau aku, roh jalan dulu ni.. ” – Netizen

Perkongsian Hairul Azreen Thing To Do 2024 Cur1 Perhatian Warganet. Fuh Dia Naik Rollercoaster Terlaju Di Dunia Pulak Kali Ni. Ekspresi Muka Hairul Tu Memang Langsung Tak Ada Rasa Takut. Yang Tengok Pula Yang Seram, Haha !!
Hairul Azreen masih lagi berada di Dubai bercuti bersama Hanis Zalikha dan anak-anak mereka. Saban tahun pasti percutian keluarga Hairul akan menjadi tumpuan warganet. Mewah dan ekslusif serta menyeronokkan, itu yang dapat diungkapkan untuk percutian keluarga Hairul dan Hanis ini.
Jika sebelum ini Hairul sudah kongsikan video menunjukkan dirinya menyelam dan membuat pelbagai aksi di dalam air, kali ini Hairul kongsikan pula aktiviti kedua dalam senarai ‘ thing to do 2024’ nya. Meninjau akaun Instagram Hairul Azreen, satu video baru Hairul dan Hanis ke Formula Rossa The World’s Fastest Coaster.
Rollercoaster ini yang bergerak pada kelajuan 240km/j memang mencabar. Hairul pula sempat merakamkan aksinya dan Hanis. Sebelah tangan menggenggam tangan Hanis, manakala sebelah lagi memegang handphone atau kamera, aksi Hairul ini meraih pujian ramai.
Dari awal sampai ke akhir, Hairul asyik tersenyum sahaja dan yang menariknya, rakamannya itu langsung tidak bergegar dan elok sahaja gambarnya. Fuh ini kalau orang lain memang menjerit tetapi tidak untuk Hairul. Memetik komen warganet, muka tak ada perasaan takut langsung Hairul ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 41 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hey dia boleh record pulak. I pening nak muntah naik benda ni.. tak gegor gegor plak tu geram ek.. terpaling stedii kamera n senyumann.. tak tahannn tgokkk maintain senyumannya.. ”
” Daddy kau tgok diorang boleh senyum sama2 la .kalau aku kau tau kan apa akan jadi kt situ haha.. fadbocey tkot turun2 telinga org blkg pekak.. ”
” Siap boleh record senyum, power lah.. Memang naik roller-coaster rase bahagiaaa ke bangggg.. jerit bang jerit haha.. ”
” R0sakk sistem dia ni.. semua orang jerit, dia boleh steady maintain senyum pastu kamera statik haha. adehhh hairul memang lain dari yang lain betul.. ”
” Tahu fastest bang , tapi kami ni tengok abang pegang phone tu fastest jugak jantung ni. sebelah pegang phone sebelah pegang hanis… mmg hebat lah… hanis pong sama.. siap lepas tgn sebelah.. ”
” Sah hairul ni xde fobia apa2 langsung.. mcm xde perasaan kn.. muka dia slamber dr mula sampai nk abis.. kita tgk nk jerit.. ”
” Senyum lebar fuh, kalau aku roh jalan dulu ni. dia senyum mcm tgh naik kete bersiar2 di taman rashidah je.. huhu. klu aku mmg tutup mate ajelaaa.. ”
” Hairul ni datang dari planet yang sama dengan Mr Bean ke? Muka takde perasaan.. Keknis sebelah tu nak tercabut nyawo dah.. ”
Memang layak bergelar juara Fear Factor, tak ada fear langsung menaiki rollercoaster laju seperti ini sambil tersenyum. Memang terpaling bahagia lah. Tabik spring pada keberanian Hairul. Okey next kita tunggu apa pula aktiviti 2024 Hairul yang lain.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sky tak suka sangat filter, masalahnya abang tak de filter gelap gelita.. ” – Ridzokumura
-
Viral2 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen