Artis / Selebriti
” Orang lama ni payah lah nak gulai kan. Lagi satu jangan tanya bab ayam kat pakcik ni.. ” – Netizen

Video Jalil Hamid Memberi Respon Terhadap Jenis Ikan Yang Ditanya Oleh Anaknya, Afiqah Jalil Buat Ramai Terhibur. Wah Macam-Macam Ikan Ye Jalil Tahu. Mana Boleh Cong Orang Lama, Hehe !!
Meninjau ke akaun TikTok anak perempuan Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil, perkongsian sebuah video yang memaparkan Afiqah menunjukkan sebuah posting yang tular baru-baru ini kepada bapanya mengenai beberapa ekor ikan hiasan yang digoreng untuk dimakan.
Afiqah bertanya kepada bapanya apakah jenis ikan yang digoreng itu. Tidak sangka Jalil Hamid boleh mengetahui jenis ikan walaupun ikan tersebut sudah digoreng. Namun apabila tunjukkan ikan asalnya Jalil menyatakan tidak sanggup untuk memakannya.
Afiqah sengaja untuk menguji bapanya mengenai jenis ikan tersebut sambil turut mengusik menyatakan ikan tersebut nampak sedap untuk dimakan. Nampaknya usikan Afiqah tidak berjaya untuk mengenakan bapanya kerana bapanya lebih dahulu mengetahuinya.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 2 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang bergurau di ruangan komen dengan menyatakan jangan main-main dengan orang lama, maklumlah mereka terlebih dahulu memakan garam.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu sebentar jika video lambat keluar.. )
@afiqah.jalil tak boleh nak kari lah kan. ayah memang kenal ikan 😌😅
Di ruangan komen, pelbagai respon yang menghiburkan diberi oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pakcik ni bkn hebat psl ayam je, pasal raya pon hebat.. TK BOleh nak cong org lama. Sekilas ika di mata dia tau dahh.. “
” Rindu suara lakonan jalil hamid, lagi kalau cerita sedih.. dulu prnah knl ngn ank jalil hamid.. lahir thun 93.. tp x igt nama.. sy kembar dari sktam.. “
” Semoga ayahda jalil terus sihat…. Lepas rindu. org lama ni payah la nk gulai2 kan. lagi satu jgn tnya bab AYAM kat pkcik ni. dia cukup lejen bab AYAM.. “
” Dlm kuali tu ikan leko, 1famli dgn ikan kap.. Pasal raya pun beliau hebat.. pak cik jalil nie penah join pentas bergerak felda kan ? “
” Ikan dia kenal, ayam pun dia kenal.. semoga pakcik jalil terus sihat amiin.. Tringat arwah abah… muka lbih kurang.. “
” Adoi, comel.. ayam. bermacam ayam.. awakkk..nak ayah awak nyamyi lagu ayammm.. rindu doeeee.. Tu baru ikan, belum ayam.. “
” Pakcik ni selalu ke pasartani putra height beli ikan ..hahaha.. Otai semua dia kenal.. asl mcm biase nmpk muke ayh dia.. “
Perkongsian video ini turut mengubati ramai peminat Jalil yang amat merindui lakonannya yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Semoga Jalil Hamid diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipanjangkan umurnya. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Afiqa Jalil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen