Artis / Selebriti
” Orang lain berebut nak dekat Abang Jamil, Fatima tolak macam tu je, haha.. ” – Komen Netizen
Video Que Haidar cuba berbual dengan anak Fazura, Fatima buat warganet terhibur. Amboi Nyamma, jual mahal betul ni. Penat Uncle Que cuit-cuit, tak dilayannya. Abang Jamil kena reject lah, hehe..
Jakel Fashion Show Raya 2026 anjuran Jakel Trading Sdn Bhd telah pun berlangsung dengan meriah semalam. Fazura selaku rakan kolaborasi eksklusif Jakel untuk tahun 2026 menjadi perhatian ramai dan kehadiran Fatima bersama Fazura menyerikan lagi majlis.
Fazura dan Fatima diletakkan duduk sebaris bersama duta Jakel antaranya Que Haidar dan Kamal Adli. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Budak.tadika, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima ketika duduk bersama para duta tersebut.
Tidak tahu apa yang dibualkan, namun Fatima kelihatan menggelengkan kepalanya beberapa kali selepas mendengar ayat Fazura. Que yang duduk di sebelah Fatima pula cuba untuk berkomunikasi dan beramah mesra bersama Fatima, namun sayangnya tidak dilayan.

Fatima juga membuat ekpresi wajah yang comel dan ianya mencuit hati warganet. Memetik komen warganet, Fatima jual mahal terhadap Que a.k.a Abang Jamil. Kamal dan Que juga sama-sama ketawa selepas melihat gelagat comel Fatima itu.
Jom tonton video di bawah :
@budak.tadika Kenapa geleng-geleng kepala tu Fatimah… 🤭😁 Comel jee #fyp #fypシ゚viral #fazura #quehaidar #jamilah
Ribuan tanda suka telah pun ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alamak Fatima tak restu hehe.. dia sangat protected mummy dia ye kawan kawan.. comel je tengok nyamma jual mahal camtu hehe.. “
” Nak kenalan dengan emak nya kena pandai pikat hati anaknya hehe.. faz pilih lah abang jamil ke abang kamal heheh.. “
” Cuba lagi Que, ambik hati anak dulu.. susah nak dapat approval Fatima ni. orang lain berebut nak dekat abang jamil, fatima tolak camtu je haha.. “
” Haha lawak la que haidar.. Nyamma tak nak pandang, malu katanya Faz hehe.. Paksu Ammara tu Nyamma.. glamour tau.. “
” Hahahaha fatimah buat muka .. bila mak dia cakap. comel je.. Fatima shyy sbb Uncle Q ensem sgtt.. “
” Paksu Ammara dan kapten Armin tu Nyamma.. Fatima mmg suka buat muka hahaha cute.. Nyamma jual mahal tu.. “
” Mahal la nyamma ni sama mcm mumy berkelas dan mahal.. comel je tengok Que, Fatima dan Fazura ni.. susah nak ambik hati Fatima.. “
Warganet terhibur melihat telatah ‘jual mahal’ Fatima itu. Pening lah Que hendak menawan hati Fatima. Tak apa lah, mungkin selepas kerap berjumpa selepas ini Fatima akan lebih mesra dengan Uncle Que. Apa-apa pun, semoga kolaborasi Fazura x Jakel tahun ini akan mendapat sambutan dan jualan yang tinggi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Budak Tadika, Tiktok fariza zairul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti4 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wow Amir, lain benar dah suara. Kenapa nyanyi pakai hati ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

