Artis / Selebriti
” Ni majlis kahwin ke mini konsert Tokti. Sangat-sangat mega, hebat wedding Fattah dan Amira.. ” – Komen Netizen
Video DS Siti Nurhaliza tunai janji buat persembahan istimewa di Majlis Resepsi Fattah Amin dan Amira Othman. Wah dah macam konsert Tokti lah. Tak sangka, ada surprise. Untung sungguh Amira, Tokti menyanyi lagu birthday kat majlis kahwin dia..
Majlis resepsi pasangan hangat, Fattah Amin dan Amira Othman telah pun berlangsung semalam di Ampang. Ini adalah majlis resepsi sebelah pengantin lelaki. Ramai rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan majlis Fattah dan Amira ini antaranya biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza.
Sebagaimana yang DS Siti pernah janjikan ketika live bersama Amira dan Fattah sebelum ini untuk menyanyi di majlis pernikahan Amira, DS Siti mengotakan janjinya itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Cik Indah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika DS Siti menyanyi.
Kata DS Siti, Amira meminta untuk dinyanyikan lagu Bukan Cinta Biasa. Selain nyanyian DS Siti, tetamu dan pengantin sendiri dikejutkan dengan kehadiran pasangan duet DS Siti, Cakra Khan di majlis itu. Persembahan mereka memukau semua tetamu yang hadir.

Selain itu, DS Siti turut menyanyikan lagu hari lahir khas untuk Amira sempena hari lahir Amira yang jatuh pada tanggal 26 Oktober. Lunak dan merdu sungguh suara DS Siti walaupun hanya lagu hari lahir. DS Siti turut menitipkan ucapan khasnya untuk Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah :
@cikindah911 Ucaan dari Mak Iti buat Fattah & Amira 🥹❤️ #amiraothman #fattahamin #fattmira #SetulusTakdirFattahAmira
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow untung Fattah Amira, special performance daripada tokti tu. Tokti siap bawak mic blink2 hijau dia tau kerlasss wedding concert.. “
” Perghh biduanita negara buat persembahan kat majlis kawen fattmira.. Ini bkn nyanyi untuk majlis kahwin ni tpi untuk konsert tokti ni.. mantap larr tokti top suara tokti.. “
” Tok Ti dan Cakra nyanyi sumbangkan suara untuk raikan penganti.. kerlas bak kata kak Lina pom pom.. dah macam konsert tokti dan cakra ni.. “
” Ni mjis kawin ke mini konsert toktie.. kebabommm oiii.. sangat sangat mega, hebat wedding fattmira.. “
” Merdu suara tokti.. sedap je dengar berduet dgn cakra khan..btw sekali tengok CK mcm iras Jofliam pun ada.. semoga kekal bahagia till jannah FA & AO.. “
” Org ckp Amira ni Artis biasa2 je bila kahwin dgn Fattah Baru femes tp circle Amira sgt2 luar biasa ya.. Dari family Amira sampai la Di kalangan artis2.. btw to all hater.. Dato CT mention Amira adik dia ya.. Bukan biasa2 ya.. “
” Lagu happy birthday pun bapak sedap tokti nyanyi. Adui lah lunak merdua dia tu, boleh berdiri bulu roma. duet lak dengan cakra, dah macam nyanyi dekat konsert.. baik sungguh hati tokti ni.. “
Seumpama konsert DS Siti dan Cakra pula apabila mendengar nyanyian duet mereka berdua. Rezeki Amira dan Fattah kerana DS Siti sudi menyanyi di majlis mereka. Orang baik, pasti ramai yang sayang. Semoga Fattah dan Amira berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, TT Cik Indah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

