Artis / Selebriti
” Ni baru mak mertua padu. Asah skill menantu, tak cerewet dan tak complaint langsung.. ” – Komen Netizen
Video Elisya Sandha memasak juadah berbuka puasa untuk ibu mertuanya, Shiela Rusly raih pujian ramai. Wah nampak sedap juadah yang Elisya masak. Bak kata Sheila, sejuk perut ibu mertua dapat rasa air tangan menantu. Memang tiptop lah..
Umum mengetahui pelakon Elisya Sandha yang juga adik pelakon pelakon Fasha Sandha adalah menantu kepada Shiela Rusly. Hasil perkahwinan bersama anak sulung Sheila yang bernama Uzair Haaqimy, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq.
Bagi yang mengikuti Sheila mahupun Elisya di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Sheila dan Elisya mempunyai minat yang sama iaitu suka memasak. Bahkan sebelum berkahwin lagi, Elisha sudah belajar memasak daripada Sheila sendiri dan sekarang Elisya dilihat begitu mahir memasak pelbagai menu seperti Sheila.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheila, telah dikongsikan video yang memaparkan Elisya sedang memasak juadah istimewa untuk Sheila berbuka puasa. Menerusi video itu, antara menu utama yang dimasak oleh Elisya adalah masak lemak pucuk ubi ikan tenggiri dan sambal udang petai.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan kesungguhan Elisya memasak untuk ibu mertuanya. Bukan itu sahaja, bapa mertua Elisya, Jinggo juga turut memberikan pujian kepada Elisya di ruangan komen.
Tonton video di bawah ini :
Rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ni baru mak mentua padu. Asah skill menantu, tak cerewet dan tak komplen langsung.. Ajar menantu sampai pandai selevel mertua. Ada jual shopee tak mak mentua gini.. “
” Wah best nya menantu masak.. selamat berbuka Sis sekeluarga.. Rezeki dpt Menantu yg baik cantik rajin me masak terbaik.. “
” Suka nya auntie tgk Menantu SR ni…. Ringan jer tgn. Senyum jer masak td. Alhamdulillah. Slmt berbuka SR dan family.. “
” Untung ada menantu rajin n pandai masak mcm mak mertuanya..Btw selamat berbuka puasa sis, nampak semua menu sedap2 belaka.. “
” Dah level Mama… Alhamdulillah.. Seronok tgk.. Mak mertua tak bkira dan byk komplen menantu pun mjadi diri sendiri la.. Terbaik lah.. “
” MasyaAllah… Bahagia nya jd sheilarusly_jspictures … Besar pahala elisyasandhaofficial sbb menyediakan juadah mil berbuka puasa.. “
” Masyaallah… Untung sis dapat menantu pandai masak n sayang sis… Selamat berbuka sis sekeluarga.. Sedapnya tengokk.. “
Komen Tok Sidang :

Menarik sungguh juadah masakan Elisya, tentu sedap. Bak kata Sheila sendiri, sejuk perut ibu mertua dapat merasa air tangan menantu. Dapat dilihat keakraban Elisya dan Sheila bukan seperti menantu dan ibu mertua, tetapi sudah seperti anak dan ibu kandung. Apa-apa pun, terbaik lah Elisya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

