Artis / Selebriti
” Muka menantu dia pakai tudung tu macam Raja Ema muda dulu pula sekali tengok.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar majlis malam berinai dan pernikahan anak bongsu Sheila Rusly, Luth Mikhail dan Beatrice raih perhatian ramai. Sama cantik dan sama padan kedua mempelai..
Meninjau ke akaun Instagram Ohmedia, perkongsian beberapa keping gambar majlis pernikahan anak bongsu Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Luth Mikhail telah meraih perhatian ramai. Beatrice Chitra merupakan surihati Luth yang sebelum ini telah pun mengikat tali pertunangan.
Pasangan ini memakai persalinan pakaian pengantin berwarna putih dan Beatrice pula sungguh manis memakai tudung. Sebelum ini, Beatrice telah memeluk agama islam dan mengucapkan dua kalimah syahadah pada bulan Ogos yang lalu.
Selain itu, sebuah video ketika Beatrice sedang disolek turut dikongsikan. Beatrice sememang sangat cantik walaupun tidak bersolek dan apabila disolek ia menaikkan lagi seri wajah pengantin. Pasangan ini bagaikan pinang dibelah dua.

Perkongsian video dan gambar ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik sejam yang lalu. Dengan berlangsungnya pernikahan ini maka lengkaplah keluarga Sheila dan Jinggo dengan mempunyai dua orang menantu perempuan.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN untuk gambar seterusnya.. )
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan pengantin. Antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah kak Sheila dpat menanTu.. Putih sentiasa bg vibes yg besttt.. Sgt sgt bertuah dpt jdi menantu sis sheilarusly_jspictures tahniah buat pengantin baru.. “
” MashaAllah tarabakallah Alhamdulillah Allahuakbar tahniah sis n toksidang dapat menantu lagi moga kekal bahagia hingga jannah.. “
” Alhamdulillah.. .Tahniah Sis dpt Menantu.. MashaAllah.. best nya tgok … positive vibes tu terasa sgt .. Alhamdulillah, Tahniah sis & family.Semoga dipermudahkan.. “
” Semoga majlis berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan sis sheilarusly_jspictures sekeluarga hendakNya.. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal Alamin.. “
” Tahniah Sis sheilarusly_jspictures sekeluarga terima menantu.. moga dipermudahkan segala urusannya …. “
” Tahniah sis dan tok sidang bertambah lagi sorang menantu.. semoga dipermudah urusan aminnn.. Manis nya menantu Shiela Rusly.. “
” Muka menantu dia pkai tudung tu mcm raja ema muda2 dlu plk skli tgok… Saudara baru ker menantu dia.Congrat to Shila and Jinggo.. “
Sama cantik dan sama padan. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Luth dan Beatrice. Semoga bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan sehingga ke jannah dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ohmedia, pejoyahaya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

