Artis / Selebriti
” Muka daddy ni, comelnya dia.. ” – Netizen
Fizo Omar Kongsi Gambar Terbaru Anak Ketiganya, Wan Umaira Yang Kini Sudah Berusia 5 Bulan. Alahai Cepatnya Umaira Besar. Makin Bambam Lah. Muka C0py Daddy, Comel Sangat !!
Beberapa bulan lalu, pelakon Fizo Omar telah berkongsi berita gembira isteri tersayangnya, Fazeera Nazri telah selamat melahirkan anak kedua iaitu seorang bayi perempuan di Hospital Andorra, Seri Kembangan, Selangor. Perkongsian tersebut telah dibanj1ri ucapan tahniah daripada rakan-rakan Fizo dan para peminat.
Selepas satu bulan, Fizo dan Fazeera juga telah berkongsi sekitar majlis tahnik untuk bayi mereka serta mengumumkan nama bayi yang diberikan nama sebagai Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Fizo telah memuatnaik gambar baru Umaira.
Menerusi gambar tersebut Umaira kelihatan sedang baring di tempat tidurnya. Tulis Fizo di ruangan kapsyen dalam bahasa Inggeris ‘ Daddy’s latest Collection ‘ . Perkongsian gambar Umaira itu telah mencur1 perhatian warganet kerana pertama kali dapat melihat gambar Umaira secara dekat.

Ada yang mengatakan anak ketiga Fizo ini begitu mirip seperti wajah Fizo jika dibandingkan dua lagi anaknya sebelum ini. Sehingga kini, gambar Umaira telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai bulatnya mata, makin bambam lah Umaira sekarang.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian terbaru oleh Fizo ini dan memuji kecomelan Umaira. Antara komen warganet adalah :
” MasyaAllah.. Muka daddy ni.. Comelnya dia.. Copy paste Fizo.. Mata tu bulat.. Semoga membesar menjadi anak yang solehah.. “
” Yang ni baru ikut daddy cuma mata ikt mommy.. Cantiklah.. Pipi pau yer Umaira, hehehe.. Orang cakap anak perempuan ikut muka ayah sejuk.. ”
Alahai cepat betul rasanya Umaira membesar, pejam celik pejam celik Umaira dah 5 bulan usianya. Sekali pandang memang saling tak tumpah seperti Fizo. Apa-apa pun semoga anak-anak Fizo terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang solehah buat Fizo.

Sekadar info, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumahtangga pada tahun 2021 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Wan Khaleeda serta Wan Umaira. Fizo sebelum ini turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fizoomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

