Artis / Selebriti
” Masing-masing malu nak nyanyi ke atau tak ingat lirik, haha.. ” – Netizen
Video Fauziah Latiff Karaoke Berantai Bersama Rita Nadira, Fezrul Khan, Afieq Shazwan Dan Asyraff Khan Raih Perhatian Warganet. Alahai Part Rita Tu Kelakar, Malu-Malu Pulak Rita Nak Nyanyi, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram MeleT0P telah dikongsikan video dan beberapa gambar yang memaparkan Fauziah Latiff menjadi artis jemputan pada minggu lalu. Selain itu, Fezrul Khan, Rita Nadira dan Afieq Shazwan serta adik Asyraff Khan juga dijemput ke set MeleT0P.
Difahamkan Fezrul dan Rita hadir untuk mempromosikan drama terbaru lakonan mereka bertajuk ‘Pewaris Cinta’ yang bersiaran di Astro. Manakala Afieq dan Shazwan pula mempromosikan lagu duet terbaru mereka. Banyak topik yang dibualkan oleh mereka bersama pengacara MeleTOP iaitu Nabil Ahmda dan Hawa Rizwana.
Selain itu, video Fauziah Latiff menyanyi karaoke berantai lagunya bertajuk Teratai Layu Di Tasik Madu bersama-sama artis jemputan, Nabil dan Hawa juga membuatkan ramai terhibur. Pada awal nyanyian, Fauziah adalah orang pertama menyanyi. Manakala Rita pula menyanyi pada korus dan disambung pula oleh Fezrul.

Telatah kesemua mereka ketika menyanyi seakan malu-malu dan tidak mengingati lirik mencuit hati ramai. Bahkan ketika giliran adik Asyraff menyanyi sempat Fauziah Latiff membisikkan lirik kerana adik Asyraff tidak mengingati lirik lagu tersebut.
Tonton video di bawah ini (video seterusnya di hujung artikel ) :
Sehingga kini, video tersebut menerima ribuan tanda suka dan ruangan komen ada peminat meluahkan rasa terhibur dan memuji kecantikan Rita. Komen-komen tersebut adalah :
” Masing-masing malu nak nyanyi ke atau tak ingat lirik, haha.. Cantiknyer Rita ni.. Sekarang ni drama muka dia je. Smpai confius citer yg mana 1.. “
” Agaknya lah orang2 yg bernama Rita semua manis2, syantik dn lemah – lembut bila berbicara came Rita Nadira dn Rita Rudaini.. “
” Bila back to original artist terus meremang.. Dia punya vibes sampai.. Maintain je suara Kak Gee sampai sekarang kan.. “
” Fauziah Latiff mmg legend sebenar, tetap cantik dan ekslusif, love semua lagu Kak Jee.. Hehehe comel tengok Rita nyanyi.. “
” Fezrul Khan Pun Still Hensem awet muda… Suka tengok kalau dia jadi hero drama.. Fav singer all the time Fauziah Latiff.. Fuhh mantap.. “
” Love all her song ,cantik jee, inilah penyanyi no1 berquality terbaik.. Love suara Afieqq.. Layan je semua nyanyi, hahahaha.. “
” Rindu suara Fauziah Latiff.. Rita antara pelakon yang sangat cantik.. Wajah di lemah lembut je tengokk.. Cakap pun sopan malu2.. “

Bermacam-macam gaya masing-masing menyanyi. Tetapi apabila penyanyi asal menyanyi memang tiada siapa boleh lawan. Lagu Teratai Layu di Tasik Madu sehingga ke hari ini menjadi siulan ramai. Apa-apa pun semoga Fauziah Latiff terus diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.
Tonton video penuh di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Melet0P, Youtube MeleT0P
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya dah fikir, Ya Allah kalau benar anak aku sakit macam ni, aku sanggup nak derma.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya wife Radin ni, sekali pandang nampak macam Siti Khadijah.. ” – Komen Netizen



