Artis / Selebriti
” Masha Allah dah muka Tok Ram dah. Tok Ram versi travel pack, hehe.. ” – Komen Netizen
Datin Alyah Kongsi Video Terbaru Bersama Anaknya, Nur Izara Raih Perhatian Warganet. Amboi Zara, Bukan Main Bulat Lagi Mata Tu Ye. Part Zara Buat Muka Serius Tu Sama Macam Muka Tok Ram !!
Sebagaimana yang diketahui umum, Datin Alyah telah pun mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Nur Izara. Kehadiran Izara memeriahkan dan menambahkan lagi kebahagiaan Datin Alyah dan Dato’ Ramli MS. Malah Tok Ram juga sangat rajin melayan Zara.
Meninjau entry terbaru Datin Alyah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah bersama Zara. Cerita Datin Alyah, mereka keluar ke klinik kelmarin. Menerusi video ini, Zara kelihatan begitu teruja melihat dirinya dirakam.
Bukan main bulat lagi mata Zara memandang ke arah kamera. Melilau mata Zara memandang ke kiri dan kanan, pandai Zara semakin peka dengan suasana persekitarannya. Ramai yang mengatakan wajah Zara semakin kelihatan seperti Tok Ram apatah lagi ketika mood serius sebegini.

Seronok warganet melihat telatah Zara yang aktif itu. Datin Alyah juga semakin gembira dengan adanya Zara. Fasa sebegini antara fasa yang seronok melayani kerenah si kecil. Datin Alyah juga kerapkali mengetap bibir kerana geram dengan anak yang bambam.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bila Zara muka serious, macam iras sangat dengan Tokram.. dengan buat mata bulatnya tu. haha mini tokram sangat lah zara.. ”
” Pipi tu guna yis cap apa Zara. bulat betul geram nak cubit je.. Alooo comel sangat Zara ni.. ”
” Miss you adikk zaraaa gerammnyaa macam nak gigit peha dengan pipi tuhh.. sekali pandang muka tokram, sekali pandang muka Alyah.. ”
” Hai Zara sayang.. makin comel dia ye. alhamdulillah.. semoga bertambah bahagia datin dan suami.. ”
” Mata Zara bulattt.. cerdiknya mata Zara tu.. pandainya dia tengok kamera.. comel zara ni, geram tengok pipi bambam tu.. ”
” Iras muka Tok Ram.. makin bulat, mata bambam.. mata tu macam tok ram la.. alaa alaa geram tengok Zara.. comel sangat.. ”
” Comelnya labuh pipi Zara.. masha Allah dah muka Tok Ram dah.. anak ayah sangat ni.. tokram versi travel pack hehe.. ”
Zara membesar dengan jayanya, pipi pun sudah kelihatan bulat dan ‘labuh’. Bak kata warganet, Zara semakin seiras dengan wajah Tok Ram, anak daddy kan. Apa-apa pun, semoga Zara membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang solehah untuk Alyah dan Tok Ram.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

