Connect with us

Artis / Selebriti

” Malam ni pecah perut sebab Nabil, redho je si Sherry, haha.. ” – Komen Netizen

Video Nabil Ahmad menyakat Sherry Alhadad sebelum persembahan Zehra Zamri buat warganet terhibur. Adoi Nabil, selamba betul ayat dia tu, sampai tertunduk Sherry dibuatnya. Luar jangkaan sungguh, berdekah semua penonton. Haha.. 

Selain ingin menonton persembahan peserta-peserta Gegar Vaganza 11, ramai juga di kalangan penonton yang ternanti-nanti untuk melihat jenaka hosnya, Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad. Sejak digandingkan bersama sebagai pengacara, ada sahaja jenaka mereka berdua yang meriuhkan suasana.

Meninjau entry di akaun Tiktok Cinemagicmy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Nabil dan Sherry sebelum memanggil Zehra Zamri ke pentas untuk melakukan persembahan. Memandangkan Zehra akan menyanyikan lagu Arab, Nabil dan Sherry pun bercakap ala-ala Arab.

Nabil dan Sherry menyanyi dan bergelek ala-ala orang Arab dan Tok Ram menegur mengatakan selalunya orang Arab tertutup kepala tetapi mereka tidak. Nabil dengan santai sahaja mengatakan ini adalah Arab Jahiliah sambil memandang ke arah Sherry.

Berdekah semua mendengar Nabil mengenakan Sherry itu. Sherry juga turut tersenyum mendengar ayat Nabil itu. Haji Nabil kalau tidak membahan memang tak sah. Arab jahiliah pun boleh lah Nabil, mana lah tak berdekah semua penonton di dewan dan di rumah dengan telatah Nabil. Ada sahaja idea spontannya yang mencuit hati semua.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@cinemagicmy

Macam kanak2 ribena dah dorang ni. Pecah perut 🤣😭 #GegarVaganza #GV11 #GegarVaganza11 #GegarVaganza2024 #sembangentertainment

♬ original sound – cinemagicmy – cinemagicmy

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Malam nie pecah perut sebab nabil dan sherry haha.. tengok GV bukan nk tengok peserta nyanyi sangat.. nak tengok pengacara je.. “

” Tak boleh blah si nabil cakap “ni arab jahiliah” haha.. tertunduk dibuatnya, redho jerr si sherry haha.. “

” Aih.. aku geram betul dengan haji nabil ni.. selamba je hentam orang.. sebab tula Nabil pengacare paling mahal kat malaysia.. “

” Tengok gv sebab nak tengok gelagat Nabil dengan Sherry je.. Makin jadi punchline, sakit perut tgk gelagat Nabil dan Sherry.. “

” Nabil bagi aku tetap terbaik. Menghiburkan.. nabil kelakar.. terbaek.. tak larat gelak.. Serasi betul Nabil dan Sherry. Tok ram pun bantai gelak dengan ayat nabil tu.. “

” Tiap2 minggu ade hiburan dari dia orang ni .. sporting sherry .. Spontan arab jahiliah terus, speechless Sherry.. “

” Nak carut kang kena kecam plak.. Tapi tulah hareyy lahh nabill.. Sherry pun geram aku, sama naik lah.. “

Seronok sungguh Nabil membahan Sherry, mujur lah Sherry sekepala dan memahami Nabil sememangnya seorang kawan yang suka menyakat. Terhibur semua penonton dengan telatah mereka berdua. Tok Ram yang serius pun boleh ketawa besar dengan gurauan Nabil itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cinemagicmy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT