Artis / Selebriti
” Macam tengah tengok K-drama, best lah dengar Rina cakap Korea.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Maryam You Narae, Rina semakin petah bercakap Korea raih perhatian ramai. Maryam kongsi kasih sayang Rina dengan adiknya, Rian. Alahai, sweet betul kakak Rina ni..
Anak sulung kepada pasangan pempengaruh media sosial, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim iaitu Rina atau nama penuhnya Nik You Rina, sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan kepetahannya bertutur dalam bahasa Korea.
Meskipun baru berusia empat tahun, Rina menunjukkan perkembangan bahasa yang pelbagai, hasil daripada persekitaran dwibudaya yang diterapkan oleh ibu bapanya sejak kecil. Menerusi satu video terbaru yang dimuatnaik di Instagram Maryam, Rina kelihatan sedang berbual mesra dengan ibunya dalam bahasa Korea.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah gelagat Rina yang begitu penyayang dengan adiknya. Maryam turut meletakkan subtitle pada video tersebut agar warganet faham apa yang diperbualkan oleh mereka. Nampak sangat matang Rina di usianya yang masih kecil.

Netizen memuji didikan pasangan ini yang begitu harmoni dan seimbang antara nilai Melayu dan Korea. Ramai yang tersentuh melihat hubungan rapat Rina dan adiknya, walaupun jarak usia mereka masih dekat. Tidak sabar untuk melihat Rian pandai bermain bersama dengan kakaknya.
Jom tonton video di bawah :
Kecomelan dan kepintaran Rina sering menjadi tumpuan ramai warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam tengok drama Korea yang comeyyy.. MasyaaAllah seronok dengar rina ckp bahasa korea.. mcm tgk drama korea .. “
” Tudia korang duk komen nak subtitle, Maryam buat subtitle daa . Ma shaa Allah, Maryam seorang ibu yang baik. Dan Rina anak yg baik dan cerdik.. “
” Sweetsnya kak long Rina, baby Rian mesti jadi adik paling bahagia nanti. Kenapa mata masuk habuk ni terus berkasih-sayang macamni sampai bila-bila tau Rina, Rian.. “
” Ish mcm tengah tengok kdrama, dah lama tak layan ni, tertengok sekali je nak nangis ish.. Byk bahasa rina pandai… English korea malay dialek klate.. “
” K drama episode 2, nanti buat sambungan lagi ye, banyak2 episode pon tak apa.. best la dengar rina cakap korea.. comel sangat.. “
” Maryam, you’re blessed with smart girl like Rina and adorable baby boy like Rian.. alhamdulillah masyaAllah. Will always pray for this family .. “
” Pandai Rina agah Rian such a lovely sister..Allahumma baarik.. kalau hari ii aku tengok dorang, lama ii aku dah boleh kecek nii .. “
Keletah Rina yang semakin bijak dan penyayang ternyata mencuri hati ramai orang. Meskipun masih kecil, Rina sudah menunjukkan sifat kasih sayang terhadap adiknya. Semoga Rina membesar menjadi anak yang solehah, pintar dan terus membanggakan kedua-dua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Maryam Yurr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

