Artis / Selebriti
” Lawa anak dara Che Ta ni. Ingat anak arab mana tadi.. ” – Netizen

Video Rozita Che Wan Membebel Kepada Anaknya, Aaisyah Dhia Rana Buat Warganet Terhibur. Punya Lah Mak Tu Berleter, Boleh Aaisyah Tersengih Macam Tu Je. Comel Sangat Aaisyah Pakai Tudung, Nampak Manis Dan Ayu !!
Aaisyah Dhia Rana merupakan satu-satunya anak perempuan tunggal usahawan dan pelakon cantik, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin. Aaisyah mewarisi wajah mat saleh Zain dan ini membuatkan Aaisyah kelihatan sangat cantik. Anak yang suka berhias dan bersolek, Aaisyah banyak mengikut perangai Che Ta yang suka berhias.
Meninjau akaun Tiktok Rozita Che Wan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aaisyah mengikut Che Ta berniaga di Persada Johor International Convention Centre. Aaisyah yang mengenakan jubah berwarna nude digayakan dengan tudung yang senada warnanya.
Nampak ayu sungguh apabila Aaisyah memakai tudung tetapi sayangnya Aaisyah duduk agak kurang sopan dan Che Ta menegurnya. Kata Che Ta, kalau orang lain duduk terkangkang bukan main lagi Aaisyah mengata tetapi apabila diri sendiri yang buat, tak ingat dunia.
Adui ayat maknya pun pedas, setempek terus Che Ta bagi kepada Aaisyah tetapi Aaisyah hanya tersenyum sahaja mendengar Che Ta membebel. Tersengih seperti itu lagi membuatkan wajah Aaisyah nampak comel. Lawak lah Che Ta ni, terkangkang dan terkoyak dikatanya, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@rozitachewan1 Kalau org lain yg dok terkangkang terkoyak, lajuuuuuuu ja dia bergosip dgn kita … kena tang dia , kita teguq , kumat kumit mulut dia😬 . Ada kah ini perangai2 nurtizen di luaq sana🤪🤪🤪 yg cepat jaaa bergosip pasai org lain , padahai sama ja semua🤣🤣🤣 selamat berbuka posa , jgn ada yg terasa, kita semua sama saja 🤣🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terkangkang terk0yak hahaha, bila mak-mak berletiaq lawak dengar. Segah anak hang Che Ta Aii.. ”
” Gutu la no bila mak2 marah… Kami pun gutu la.. Mujuq tak sebut tepelhang haha.. ”
” Aaisyah anak baik, senyum je. Aaisyah comel la sengih camtu bila mommy membebel. geram lak tengok muka tu.. ”
” Lawa anak dara Che Ta ni. Segak pakai tudung, tak pernah tak comel lah Aaisyah ni.. ingat anak arab mana lah tadi.. ”
” Mak dia pulak chengeyy haha.. Muka Aaisyah tu nak gelak tapi tahan haha.. Mak dia bising, dia diam je. Baik Aaisyah ni.. ”
” Comel asyiah che Ta bagi pakai tudung… semoga Allah jaga Dia saya sokong suka aisyah cantik.. ”
” Adoii laser sungguh mulut mak hang pun Ecah haha.. Senyum je kena berletiaq. COmel macam anak orang Arab bila Aaisyah pakai shawl camtu.. ”
Che Ta punya ayat memang padu, mahu tak tergelak Aaisyah mendengar mommynya sebut terkangkang dan terkoyak. Yang penting, Aaisyah memang cute pakai shawl ala orang Arab gitu. Apa-apa pun, semoga Aaisyah menjadi anak mommy yang paling solehah dan berbudi bahasa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Menyala YB Saddiq. YB betul-betul protect Bella. Takut dengar sound last tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Jarang-jarang jumpa orang bahan diri sendiri ni. Sakit perut ketawa, haha.. ” – Komen Netizen