Artis / Selebriti
” Lama simpan rahsia ni, akhirnya boleh post.. ” – Sahabat Amira Othman
Video kawan-kawan Amira Othman buat surprise raikan Amira yang bakal berkahwin tak lama lagi raih perhatian ramai. Wah dah lama simpan rahsia rupa-rupanya. Cantik sungguh Amira, ada seri bakal pengantin..
Hari ini kita dikejutkan dengan pengumuman istimewa daripada pasangan selebriti iaitu Fattah Amin dan Amira Othman bakal mendirikan rumahtangga pada 14 September ini. Dahulunya hanya sekadar rakan sekerja, kini bakal menjadi rakan serumah pula.
Menerusi akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan bachelor party Amira bersama rakan-rakan perempuannya telah meraih perhatian ramai. Bertema warna biru dan putih, Amira dilihat sangat cantik dan berseri-seri. Ini adalah kejutan buat Amira.
Majlis ini disambut meriah dan merupakan satu trend buat generasi muda meluang masa bersama rakan-rakan sebelum bergelar isteri. Sebuah kek istimewa disediakan buat Amira mengikut tema biru dan mereka juga membuat kad khas sebagai tanda kenangan.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Akhirnya segala persoalan sudah terjawab mengenai hubungan Fattah dan Amira yang selama ini banyak memberikan hint.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai peminat yang gembira dengan jodoh Amira dan Fattah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dah agak! Sejujurnya mmg tunggu mummy yg umum bukan diaorg yg umum.. Congrats… Happy for u my girl.. May Allah ease everything.. “
” Finally . Kesian mommy kne tekan tekann sblom ni . Hahaha . Haa korang dh boleh tu tahniahh kak longgg hehe.. Aaminn semoga bahagia dunia akhirat.. “
” Arghhhh so happy for kak mira, Effortless beautiful .. timeless beauty.. Boleh la tempah goodies kt Aish cookies (fancy cookies)”
” Rahsia yang semua orang tahu. yer2 dah agak !!! Masa mak2 me time kt KL hari tu.. Sukaa, both pasangan yg soft spoken & sopan .. “
” Yeyyy..akhirnya..Alhamdulillah..tahniah korg..moga dipermudah segala urusan, hubungan diberkati dan terpelihara seterusnya bahagia till jannah..amiiin.. “
” Aww, pesan kat amira othman jaga fattah elok2 tau . saya peminat fattah , tahniah amira othman & fattah amin . Wahh lawa kaler abg long blue.. Congratulations.. “
” Cantiknya amira. No wonder amira sorang yg lemah lembut, she always being in good circle, family and friends .. Alhamdulillah wahhhh….congratesssss amirah.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan dipermudahkan buat Amira dan Fattah untuk majlis pernikahan pada 14 September nanti. Pastinya ramai peminat tidak sabar melihat majlis yang sangat dinanti-nantikan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

