Artis / Selebriti
” Laju semua terus tengok IG Dr Izzar lepas tengok drama. Dr memang advanced.. ” – Komen Netizen
Ulasan suami Ummi Nazeera, Dr Izzar mengenai ending drama Andai Tiada Dia buat ramai terhibur. Adui Dr Izzar, sempat dia fikir jalan cerita dan siapkan poster untuk drama sambungan nanti. Tajuk tu memang kena sangat, haha..
Berakhir sudah drama Andai Tiada Dia yang diterajui oleh Ummi Nazeera, Zahiril Adzim dan Hisyam Hamid semalam. 2 episod terakhir drama ini sememangnya mengundang air mata dan ramai yang mengalirkan air mata ketika Falal meninggal dunia.
Namun ending drama ini membuatkan penonton terhibur apabila muncul si dia yang berwajah seperti Falah tetapi bernama Fatah. Plot twist yang ramai tidak jangkakan dan happy ending untuk semua yang tidak mahu Suri kembali kepada Haikal semula.
Meninjau entry di akaun Instagram Dr Izzar Anwari, telah dikongsikan sekeping gambar yang sudah disunting menjadi poster. Paparan gambar menunjukkan wajah Ummi dan Zahiril dan tertera perkataan ‘ Tiba Tiba Ada Dia ‘ di atas poster tersebut.

Dr Izzar juga turut memberikan sedikit ulasannya dan memberi idea supaya diadakan satu drama baru dengan tajuk tersebut. Jalan ceritanya juga diberikan dan kata Dr Izzar, drama itu nanti hanya tentang bahagia Fatah dan Suri sahaja tanpa perlu ada adegan air mata.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahahhaahha tak payahlah doc. Makin ke laut pulak kang jalan ceritanya. Tiber Fattah muncul dgn lipbalm pink.. “
” Win Dr Izzar haha.. Aku rasa mcm nak patah patah kan pngrah filem ni sebenarnya..dia bawa masuk FATAH SERABUT aku tngokk.. “
” Berdekah betul baca ayat Dr Izzar ni haha. Tetiba keluar drama baru eh ‘ tiba tiba ada dia’. haha ni mesti director pun tak terfikir.. “
” Elok-elok tgh sedih jadi gelak pulakk ending diaaa… Sorry suri.. Saya Fatah bukan Falah.. “
” Hok aloh, ngape semua kebetulan dalam cerita ni.. Dr satu jam saya menangis sampai fatah muncul migraine attacked.. ada tips ke utk reda kan mirgaine ni.. “
” Dr izzar ini semua hanya drama di dunia sementara sahaja.. Hahahahaa jemmm betul la Dr. ni., hritu belakon jd Dr. harini jadi reviewer plk.. “
” Hahaha ini kelakar, sambung ‘ Tiba Tiba Ada Dia ‘ raya.. Ya kan doct. Fatah tu mcm psycho pulak. Gaya dia cakap tu, macam something.. “
” Haha laju semuaaa terus tengok ig dr izzar lepas tengok drama. Dr memang advanced, pengarah pun tak sempat pikir nak sambungan drama, Dr dah siap dengan poster bagai, lawak haha.. “

Lawak sungguh Dr Izzar, habis sahaja drama lakonan isterinya, terus Dr Izzar mengeluarkan poster drama baru. Memang advanced sangat, pengarah asal mungkin belum terfikir jalan cerita sambungan drama ini jika ada. Apa-apa pun, semoga semua redha dengan ending yang disajikan semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzar, Tiktok Bambam Studios
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

