Artis / Selebriti
” Lain macam cara declare eh, meminta Fattah ni. Ibu pun kuat mengusik, lawak betul.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin menunjukkan posting Amira Othman yang viral memuatnaik videonya kepada ibu Azizah ketika live buat warganet terhibur. Amboi Abang Long, suruh ibu komen lagi eh. Sekali ibu bagi hint besar, mula lah lari keluar skrin. Ayat ibu tu, ish macam tak lama dah ni, hehe..
Fattah Amin kembali bersiaran langsung bersama ibunya, Azizah dan adiknya untuk mempromosikan tudung di bawah jenama Ibu Azizah. Seperti selalu, pasti akan ada moment yang mencuit hati terjadi ketika live dan ianya berkait dengan rakan sekerja Fattah, Amira Othman.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Imani Imtiyaz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru Fattah itu. Fattah menunjukkan posting Amira yang viral yang mana Amira merakamkan dirinya bersama ayah Amira dan disertai dengan lagu yang romantis.
Fattah meminta ibu untuk memberi komen setelah melihat video itu. Ibu dalam gelak ketawanya membocorkan rahsia mengatakan baiknya rakan sekerja kerana membawa ayah berjumpa Abang Long. Tambah ibu lagi, ianya bagus untuk mereka saling mengeratkan ukhuwah dan silaturahim.

Mendengar ayat ibu itu terus Fattah melarikan diri. Ibu pula sangat sporting dan menunjukkan petanda merestui hubungan Fattah dan Amira. Bukan hanya akrab dengan Amira tetapi dengan ayah Amira juga Fattah menjadi rakan baik. Tentu jadi menantu yang sekepala dengan abah Amira nanti andai Fattah dan Amira berkahwin.
Jom tonton video di bawah :
@imani_imtiyaz Sebenarnya nk ckp Kan..bangga kn kak long post vtt muka dia…elehhhhh kakak dh faham lah.hahahaha #amiraothman #fattahamin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Meminta Fattah Amin ni haha.. dia dah mengada2 tanya2 ibu pastu dia keluar screen… adoi la perangai betul eh.. ibu pun sporting betul.. “
” Bakal menantu tu ek ibu haha.. Semenjak ada kklong bukan abglong jer berubah tp seluruh family abglong pun berubah jd lbh sporting.. “
” Lain macam cara declare eh.. fan kene faham cara diaorg nk smpikn.. Ibu pun sporting ek. kasi jadi la bu jgn biar abg long tunggu lelama.. “
” Ibu lawak betul, haha.. berdekah aku ketawa part ibu tanya, kau rasa haha.. rakan sekerja dengan bapak rakan sekerja pun abg long kamcing hehe.. “
” Okk.. ibu bagi hint sgt tu… live akan dtg org baru… sudah di inai inai kan.. kak long pindah umah dah hint sgt tu.. “
” Ibu tak berhenti bagi mini love, hint sangat ni.. Comel je excited tunjuk ibu video tu.. Fattah nk bgitahu ibu,yg ada org 2 dah jatuh cinta dgn anak ibu hehe.. “
” Lain macam ehh org bercinta ngan rakan skerja nih. Siap mintak ibu komen lg tuh. ibu pun kuat mengusik, comel gila haha.. “
” Dia risau jadi headline tpi yg meminta dia jugak, pandai suruh ibu jawab. takpe fattah hiraukan yang tk suka yg penting fattah bahagia.. “
Comel betul gaya Fattah meminta ibu memberi komen mengenai video itu. Apabila ibu sudah komen panjang lebar, tahu pula Fattah blushing dan terus keluar skrin. Banyak betul hint ibu Fattah bagi kali ini. Standby team FattMira, makin kuat bau nasi minyak Abang Long dan Kak Long ni. Jeng jeng jeng, tunggu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Imani Imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 hours ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen


