Artis / Selebriti
” Lain macam Ammar malam ni, padu habis. Roh tertukar dengan Oddah.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak Ameng Spring, Ammar menyanyikan lagu Korea di konsert minggu ketiga Talk To My Manager raih pujian ramai. Wah gempak lah Ammar minggu ni, memang perform habis. Siap dapat standing ovation daripada semua juri..
Semalam telah pun berlangsung persembahan minggu ketiga program realiti Talk To My Manager yang membariskan lapan orang peserta daripada kalangan anak selebriti. Antara peserta yang mencuri perhatian pada minggu ini ialah anak Ameng Spring iaitu Ammar.
Pada malam tersebut Ammar menyanyikan lagu Korea berjudul Oppa Gangnam Style yang dipopularkan oleh PSY. Persembahan Ammar ini telah mendapat standing ovation daripada ketiga-tiga juri kerana Ammar memberikan persembahan yang cukup bertenaga.
Pastinya ramai mula menyukai dengan Ammar kerana tiada lagi Ammar yang dahulu nervous dan kaku di atas pentas. Ammar boleh menari dengan begitu bertenaga sambil menyanyi dari awal persembahan sehingga akhir. Memang gempak persembahan Ammar, berbeza dengan minggu-minggu sebelum ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang bergurau menyatakan jiwa Oddah sudah memasuki ke tubuh Ammar kerana sebelum ini persembahan Oddah yang cukup bertenaga membawakan lagu Korea, Like Jennie.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji persembahan penuh bertenaga daripada Ammar. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” He can sing. Bak kata Che Puan Sarimah..roh tertukar ngn Odah. Betul2 all outtt! Loikeee. anak perform , bapak lagi perform.. “
” Muke mcm jiwang mlayu rupenye lg feel time nyanyi lagu psy. Well done.. beza btul dia..awal minggu punya pemalu..time nyanyi pun mengigil.. “
” Ada bakat yg lain, skali energetic.suara kawalan bagos. Tros comitted dn ikhlas. lgu yg sesuai, mmg letop! persembahan terbaik mlm ni.. “
” Lain macam ammar mlm ni padu habis. perghh ammar barulah bertenaga. xtaw berapa Kali ulang tengok. berbakat laa, energetic eh,ni baru versatile.. “
” Steady la anak Ameng.. dpt naib juara pun ok aamin.. terbaikkk..mcm tgk konsertnya. ammar dah mcm oppa oppa dah.. “
” Ini lah jiwe ammar yg sebenarnya.. memang dia all out malam ni. oddah laa ni ajar.. Mmg best ammar perform mlm ni.. “
” Ammar makin yakin d pentas x nervous lgi. baru mlm ni aku jtuh cinta dgn persembahan amar berbeza dgn bapak dia yg slow2 motion rock.. love amar.. go go to final with auddra.. “
Sememangnya Ammar mengeluarkan taringnya pada malam tadi. Ammar berjaya membuktikan yang dirinya boleh menyanyi dengan begitu baik sekali. Tahniah buat Ammar dan semoga dapat buat persembahan lebih terbaik lagi pada minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen


