Artis / Selebriti
” Korang masuk live saya sebab ingat saya dah kahwin ? ” – Puteri Sarah Liyana
Dikatakan sudah berkahwin dengan Andi Arsyil, video respon Puteri Sarah Liyana ketika sedang live raih perhatian ramai. Haa, ni tuan badan sendiri dah jawab tu. Sempat lagi Sarah panggil ‘suamiku’, hehe..
Ura ura berterbangan mengatakan pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana telah pun menikahi aktor Indonesia, Andi Arsyil. Ini berikutan Puteri Sarah tiada dalam negara dan kini berada di London. Puteri Sarah dan Andi mula akrab kerana mereka rakan perniagaan yang mengusahakan produk penjagaan kulit dan tudung bersama.
Sebelum ini, Puteri Sarah pernah menyuarakan bahawa antara dia dan Andi hanyalah rakan niaga dan tidak lebih daripada itu. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Puteri Sarah Liyana Fans, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Puteri Sarah.
Aktress jelita ini rasa terkejut apabila ramai yang wish selamat pengantin baru ketika dia sedang bersiaran langsung di Tiktok. Kata Puteri Sarah, ramai yang memasuki livenya semata-mata untuk mengucapkan selamat pengantin baru. Tergelak Puteri Sarah dengan komen-komen itu dan dia menegaskan belum menikahi sesiapa.

Tambah Puteri Sarah, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai berita pernikahan itu. Sempat juga Puteri Sarah berseloroh dengan menjerit memanggil suamiku ketika live tersebut. Rupa-rupanya ramai yang seronok jika betul Puteri Sarah menjadi isteri Andi Arsyil.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@puterisarahfanss_ #puterisarahliyana #andiarsyil #arasyimalaysia #lumiermalaysia #story🌷🤍 #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #fypppp #fypviralシ #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp #fypppppppppppppp
♬ bunyi asal – PUTERI SARAH LIYANA FANS – PUTERI SARAH LIYANA FANS
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aamiin.. semoga Andi Arsyil dan Puteri Sarah Liyana cepat kawin 2025. ramai yang merestui korang berdua tau.. “
” Saya Amin kan jika Sarah berjodoh dengan Andi Arsyil.. Itu maknanya netizen mengambil berat tentang Sarah. Mrk ingin Sarah kahwin cpt dgn AA.. “
” Kita doakan semoga Allah jodohkan Sarah dan Andi.. makanya Sarah cepat lah kahwin supaya peminat peminat sarah tidak tertunggu tunggu.. “
” Mungkin sebab Puteri Sarah selalu jawab “nak kwen besok” tu orng salah faham kot.. hehe smoga PS btl² ada jodoh dgn Andi Arsyil.. “
” Aminkan aja Sarah kata2 itu adalah doa semoga Sarah dapat jodoh org yg baik2 dpt menghargai Sarah.. “
” Haha lucu Sarah sendiri tak tahu dia dah kahwin. Yang bukan-bukan je gosip ni.. moga ada jodoh Sarah dan Andi.. sesuaiii sangat.. “
” Ooo belum kahwin lagi la. duk baca Puteri Sarah dah kahwin, pelik juga haha.. semoga bertemu jodoh yang baik dan sayang Sarah dan anak-anak.. “
Tak berhenti Puteri Sarah tergelak dengan komen dan tanggapan peminat mengenai berita pernikahannya itu. Andai betul-betul terjadi pernikahan antara Puteri Sarah dan Andi atau sesiapa pun, tentu Puteri Sarah akan maklumkan sendiri kepada umum. Apa-apa pun, semoga gembira dan bahagia selalu Puteri Sarah Liyana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Puteri Sarah Liyana Fans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


